berita

Resepi Kuih Tako Pandan Paling Sedap & Mudah Untuk Berbuka Puasa

April 27th, 2020 | by Arini Saleh
MyResipi

Masuk sahaja bulan puasa, terdapat pelbagai kuih muih tradisional dan moden dijual di bazar Ramadhan. Setiap kali berkunjung, memang tidak sah kalau tak bawa pulang aneka pencuci mulut untuk dibuat berbuka dan moreh nanti.

Bagi ibu-ibu yang baru sahaja nak belajar cara pembuatan kuih muih tradisional, apa kata cuba resepi kuih tako yang dikongsi Puan Nora Atikah ini. Memang sedap lebih-lebih lagi apabila dimakan sejuk!

Kuih tako untuk berbuka

Selamat Petang Warga MAHN
Kuih Tako untuk berbuka is donee. Saya guna resepi dalam group ni jugak. Sangat-sangat senang tak perlu kukus balik. Kali kedua saya buat, kali ni guna tepung jagung (Maaf kalau ada yang silap, resepi memang kuih tako tapi saya panggil pelita) bagi saya mudah lagi guna tepung jagung berbanding beras.

Penyediaan bekas

Daun pandan secukupnya
*Stapler
*Lidi untuk ukuran
*Gunting


Kalau nak tengok step boleh je tengok dekat youtube.


Bahan-bahan

Lapisan bawah: (Hijau@pandan)

1 cawan tepung jagung
3 cawan air masak
2 cawan air pandan
1 cawan gula
Pewarna hijau setitik

Cara-cara


Masukkan semua bahan-bahan diatas. Kacau sampai sebati dulu. Naikkan atas api. Api sederhana kemudian perlahan. Nampak dah adunan menggelegak likat masak tutup api. Boleh ambil dan letak dalam acuan pandan atau bekas kecil. Siap lapisan bawah atau nombor satu.

Lapisan atas: (santan atau putih)


1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan (saya guna santan kotak kara kecil. Jadikan 4 cawan)
Sedikit garam

Cara-cara


Masukkan semua bahan-bahan di atas kacau sebati, naik atas api. Kacau sampai masak atau menggelegak. Tutup api. Ambil dan masukkan dalam bekas atas lapisan bawah @ hijau tadi.

Taraaa siap. Masukkan dalam peti ais sejukkan nak dekat berbuka baru keluarkan. Senang kan.

Sumber : Nora Atikah , Masak Apa Hari Ni (MAHN)

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×