Nasi Kerabu merupakan makanan tradisional popular yang berasal dari negeri Kelantan. Makanan ini bukan sahaja digemari orang Kelantan malah seluruh rakyat Malaysia. Tidak hairanlah, kalau setiap negeri ada menjual Nasi Kerabu. Lebih-lebih lagi jika disajikan pula dengan Ayam Bakar bersama sambal tumis. Fuhh memang terangkat!
Kali ini kami kongsikan dengan korang resepi lengkap untuk menyediakan Nasi Kerabu ala-ala Kelantan ini. Siap dengan lauk yang sedap lagi. Nampak senang je!
Bahan untuk nasi
Nasi Kerabu Dari Dapur Mekza, menu kesukaan pujaan hati dinda …guna bahan apa yg ada jea, Syukur Alhamdulillah, jemput makan ye ..ni mekza repost balik lah ye resepi mekza 2 tahun lepas…
– Beras
– Daun pandan
– Air
– Daun limau purut
– Pewarna biru/ Bunga telang
** Masak nasi seperti biasa
Bahan utk sambal kelapa goreng
– Ikan tongkol/ Ikan selayang dibakar (ikan lain x sedap)
– Bawang putih/merah(kisar)
– Serai/ Halia (kisar)
– Gula melaka/ Lada hitam (kisar)
– Garam/Budu
** tumis bahan kisar bersama budu, dah siap tumis.masukkan dalam mangkuk..ikan yg dibakar tadi perlu ditumbuk halus dan campur bersama bahan tumis.Gaul rata… Baru campurkan bersama kelapa goreng tadi.. Okayy siap.
Bahan utk sambal tumis budu
– Bawang merah/putih/Cili kering/halia (semua perlu dikisar)
– Serai/santan/budu/asam keping
– Daun limau purut
** Kisar bawang/cili kering/halia. Dah siap tumis bahan kisar tersebut ..dan pecah minyak masukkan serai, budu. Masak sehingga kuah agak pekat. Selepas tu masukkan santan, gula melaka, garam, gula, asam keping, daun limau purut. biarkan mendidih, dah pekat tutup api.
Bahan air lada
– Cili padi
– Garam
– Cuka
Sedikit air masak
**Kisar semua bahan sampai halus.
Bahan utk ayam percik
– Santan
– Cili kering dikisar
– Serai (ketuk)
– Bawang putih/merah/halia (kisar)
– Serbuk kunyit @isi kunyit
– Daun limau purut
Ayam
** Semua bahan kisar perlu ditumis dan baru masukkan serai, asam keping, santan dan juga daun limau.. Kuah dah menggelegak masukkan pula ayam dan masak sehingga kuah pekat..ambil ayam n bakar… Dah siap bakar tuang kuah tadi keatas ayam bakar tersebut.
Bahan utk daging bakar
– Bawang putih/serai ( kisar)
– Kicap pekat/sos tiram/lada hitam/Daging
** satukan semua bahan dan perap selama 1-2jam baru bakar… Tak nak perap pon tak pe.. Ikut masing2 ..
Bahan utk ayam bakar
– Bawang merah/putih/halia/lengkuas/serai
– Serbuk lada/cili kisar/serbuk kunyit/jintan manis/kiub ayam/serbuk kari daging
– Bahan diatas ni kisar dan perap ayam dlm 30mnit ..kukus, perap dan bakar ..
Ulaman dan bahan sampingan lain
** Taugeh
** Ulam raja
** Daun kesum
** Bunga kantan
** Kubis /kacang panjang
Semua dihiris halus…
bahan lain keropok ikan dan juga telur masin.
#instafood #instapic #nasikerabu #airtanganmekza #foodpornmalaysia #anekaresepmasakan #malayfood #kelantanese #gengsukamasak #gengsukamakan #mekzakitchen #homemadebyroselyza
Sumber : Tengku RosElyza Raja Muhammad