berita

Resepi Mi Wantan Kicap Lengkap Dengan Sup, Sesuai Dijadikan Hidangan Berbuka Puasa

May 6th, 2020 | by Arini Saleh
MyResipi

Mi wantan merupakan salah satu hidangan mi Kantonis yang popular di Asia. Dihidangkan bersama sup panas, sayur dan ayam, mi jenis ini menjadi kegemaran ramai.

Bagi anda yang dah bosan dengan nasi, apa kata hari ini anda hidangkan mi wantan sebagai menu berbuka puasa. Pasti anak-anak suka!

Resepi mi wantan

RESEPI WONTON MEE

Suka sangat wantan mee ni sebab dia halus-halus je. Lagipun dari kecik suka mee kicap-kicap. Nak buat hidangan dia pun senang sangat. Yang penting, kicap tu.

Tak ramai melayu jual hidangan wantan mee ni. Dia ada beberapa support dish untuk lebih menyedapkan lagi hidangan ni. Kena ada wantan soup (siap dumpling) ke, ade yang makan dengan chicken curry, ade yang makan dengan crispy chicken with thai sauce. Atas kreativiti masing-masing.

Ok bismillah….awal nau kita bersiarannnn. Bukan apa share awal-awal kot sempat la korang pi beli barang japg.

#wantanmeeluq
#luqresepi

Bahan-bahan dan cara masakan

Mula-mula dapatkan dulu wantan mee. Dah ada cop halal jakim tu dah ler. Kekadang melayu ni pelik sikit nampak je seketul-seketul dua tulisan cina…mula lah meroyan. Hehe. Mana nak dapatkan mee wantan? Kat bumi. Haha

Kemudian bahan pertama kena buat adalah minyak bawang putih serta bawang putih goreng. Ni dah banyak kali ajar, takkan nak kena suap selalu? Cari sendiri….Hehe

Lepas dah siap minyak bawang, get ready sup dia dulu. Sebab kita perlukan cecair sup ni dalam kicapnya nanti. Sup simple je, rebus air, buh chicken stok, lada sulah dan letaklah bahan-bahan stimbot tu. Last sekali titiskan minyak bijan sikit dan minyak bawang.

Ok let’s get ready for the kicap. Ada setengah orang dia tak masak kicap ni, terus bancuh. Pun boleh…ikutlah selera masing-masing.
Amik minyak bawang tadi, tumis 2sb kicap cair, 1sb kicap karamel, letak sedikit gula.

Lepas tu amik sikit sup yang dah dibuat tadi dan campurkan ke dalam kicap. Perfect!

Perap isi ayam

Perap sekejap isi ayam, lebih elok bahagian chicken chop. Perap dengan cili blend, gula, bawang putih, kicap cair, serbuk cili dan apa-apa rempah herba korang nak bedal, bedal je lah. Perap sejam, lepas tu boleh lah bakar ke goreng ke grill atas non stik pan.

Ya Aullohhh…sedap bangat ni dong. Sedang gue ngobrol-sama sama isteri, gue terleka hampir-hampir gak sedar gue ingin merasain secubit isi ayam ini. Gue enggak bisa tahanin puasa gue. Harus sentiasa ingatin sorga yang sedang menanti ya teman-teman sekalian. Tahan ya ibu bapak sekalian. Gampang sekali….Haha..

Wantan mee ni bila keluarkan dari plastik, dia dalam keadaan bergumpal seketul. Leraikan dulu sebelum celur…didihkan air dalam periuk, titiskan minyak kemudian baru celur. Sambil tu kacau-kacau taknak bagi dia melekat. Celur la dalam 10saat…lepas tu celup dalam air sejuk dan toskan. Baru helokzzz tekstur mee ni.

Sedia untuk dinikmati

Dahlah malas lah nak taip…aku pulak jadi lapar tengok-tengok gambar bila nak edit caption. Haha Korang tengok sayur tu sos tu paham-paham sendiri lah.

Sumber : Wan LuQman

The following two tabs change content below.