Kalau dulu-dulu, juadah kek sinonim saat menyambut ulang tahun kelahiran sahaja. Namun, kini tidak lagi apabila ramai sebenarnya yang makan kek tak kira masa. Malah, boleh juga dijamu waktu petang sambil bersantai seisi keluarga. Yelah hari-hari bosan juga kan dengan jemput atau goreng pisang.
Kali ini kami kongsikan resepi kek Walnut Carrot Kek yang mudah dan sedap. Yang pastinya mesti satu rumah suka. Barulah meriah petang korang!
Bahan-bahannya
Walnut Carrot Cake
Bahan A :
* 1 batang carrot (dibuang kulit dan sagat kasar)
* Kacang walnut (saya pakai letak je takde sukatan, yg mana suka walnut lebih, blh isi lebih. Kacang ape pun boleh guna ye. Make sure bakar dulu dalam oven, selama 10 minit, suhu 160°c)
Bahan B (campur semua & ayak) :
* 300g tepung Bluekey (sy guna tepung gandum je)
* 1sb baking powder
* 1sk soda bikarbonat
* 1sk cinnamon ground
Bahan C (bahan blend) :
* 2-3 biji telur gred A
* 2 cwn minyak jagung
* 1sb ovalette
* 1 1/2 cwn gula (saya pakai 1 cwn je sebab tak suka manis, tapi rasa cake just nice.)
* Secubit garam.
Cara-caranya
1) Masukkan bahan C ke dalam blender & kisar (telur + gula + ovallette, 3 minit dan baru masukkan minyak jagung beserta garam, blend lagi 2 minit)
2) Tuang adunan yang diblend td ke dlm mangkuk besar.
3) Masukkan carrot & kacang walnut. Gaul sebati.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit & kaup balik hingga sebati.
5) Dah sebati, tuang adunan ke dalam loyang yg di alas parchment paper.
6) Bakar dengan suhu oven 160°c selama 45-50 minit (menggunakan api atas bawah)
Tips
* Hentakkan loyang setelah adunan dimasukkan ke dalam loyang utk mengelakkan gelembung udara.
* Pastikan oven dipanaskan dulu selama 10 minit sblm kek dibakar
* Setelah cake masak, boleh check menggunakan lidi untik pastikan cake dah betul betul masak & buka pintu oven sikit, biarkan cake sejuk.
Cream cheese topping (blend):
* 250g Tatura cream cheese
* 5-6 sb susu pekat
– Dah siap & cake pun dah sejuk, blhlah sapu atas carrot cake tadi.
– Siap!
Sumber : Shima Mahmud?