Rasanya yang sedap dengan aneka jenis topping membuatkan pizza menjadi sajian kegemaran ramai. Tambah menyelerakan apabila pizza diletakkan cheese meleleh yang enak. Anak-anak pasti suka!
Bagi korang yang tak ada oven di rumah, apa kata cuba resepi pizza 5 bahan ini. Guna roti keping pun boleh, mudah dan menjimatkan.
Bahan-bahan
Loyang sapu dengan margerin
Cara-cara buat
Guna blender macam ni. Sebab kalau guna blender biasa, tak jadi, kena letak banyak susu, nanti pizza lembik. Ni orang panggil blender daging rasanya.
Blend roti 5 keping dan sedikit susu. (10 keping tu maknanya 2x saya kisar). Jangan lebih susu nanti pizza tak jadi. Jadi lempeng lembik. Jangan kurang, nanti blender tak jalan.
Blend jadi rupa macam ni. Tak keras sangat. Tak cair sangat.
Ratakan roti atas loyang
Letak atas loyang. Ratakan penuh sabar.
Letak sos tomato.
Letak sos dari sardin pula. Maksudnya sos yang dalam tin sardin. Ambil sos dia sahaja dulu.
Isi sardin tu lenyek bekas lain. Tabur rata. Ikut suka nak banyak atau sikit. Tapi banyak lagi sedap.
Panaskan kuali
Letak tungku. Saya terbalikkan macam ni. Jangan letak air. Nanti jadi steamer pula. InshaAllah tak bocor kuali. Oven tradisional ni. Saya tak reheat. Yang nak reheat dulu pun boleh.
Saya letak keju 3 keping. Potong panjang.
Buka api perlahan. Tutup. Masak 45minit – 60 minit. Saya kunci jam, risau lupa. Kalau kurang dari 45 minit, masak juga. Tapi saya suka garing sedikit. Api kuat saya tak pernah buat. Mungkin bawah hangus tapi tengah dan atas belum masak.
Bila dah masak, yang mahir, tengah panas, boleh terus potong, bahagi 6 atau 8. Yang tak mahir, tunggu suam. Baru potong. Salah teknik nanti hancur. (Sebab dah pernah ada pengalaman, orang lain potongkan, bergerigi dan “hancur”).
Saya takda pemotong piza yang gelek tu. Saya guna pisau biasa sahaja. Ni pizza tebal. Yang tak suka tebal macam ni, buat 8-9 keping roti pun ok. Nak panaskan semula, kalau tak suka pizza sejuk, masuk semula kuali tadi. Panaskan api kecil 5-10 minit.
Sumber : Masak Apa Hari Ni (MAHN)