Selain enak dimakan bersama kopi panas di waktu petang, biskut cream crackers juga boleh divariasikan sebagai puding. Cara pembuatannya sangat ringkas kerana hanya menggunakan tiga bahan sahaja.
Mendapat lebih 5k perkongsian di laman Masak Apa Hari Ni (MAHN), jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya. Sedap!
Resepi puding cream crackers
Puding 3 bahan je.. Dalam rumah nih biskut cracker tak laku. Dulu-dulu biskut ni yang laku kalau hujan cicah kopi mesti licin. Budak-budak sekarang tak nak makan. Bila balik rumah mak tok, bukan main depa makan. Nak bagi habis cepat ibu depa wat puding crackers.
Sorryyy ye.. Saya baru buka fb
Nih resepi dia sis-sis semua
Puding Biskut Cream Crackers
Bahan diperlukan
- 20-24 keping biskut cream cracker
(tak kisah guna brand apa) - 4 biji telur gred A@B
- 1/2 Cawan susu pekat
( Nak manis lebihkan sikit)
Caranya senang sahaja
- Loyang saiz 6
- Panaskan pngukus dahulu
- Rendamkan biskut kedalam air tapis sehingga kembang. Lepastu tos kan…
- Blendkan telur, susu pekat dan biskut sampai halus
- Bahagikan adunan kepada 2 letakkan warna.. Macam Linda 1 bahagian letak serbuk koko..
- Kukus selapis demi selapis sehingga habis.. Lapis pertama 5 minit yang akhir sekali 10 minit..
- Siappppp
- Selamat Mencuba sis-sis semua
Sumber : Masak Apa Hari Ni (MAHN) , Dhia Azlinda