Ketandusan idea untuk mempelbagaikan menu sering menjadi permasalahan buat golongan ibu, terutama ketika menyediakan bekal sarapan buat anak-anak ke sekolah. Betul tak?
Menerusi Facebook Fierah Zulaikha, wanita tersebut berkongsi resepi krim roti bajet yang mudah dan jimat. Sesuai sangat resepi ini dijadikan bekal untuk anak-anak korang. Memang sedap!
Bahan-bahan untuk krim
- 500g marjerin pelangi atau puteri
- 200g gula halus
- Sedekit eesen vanilla
- Serbuk koko (ikut kesukaan korang nak letak kordial jagung)
Cara penyediaan krim
1. Putar marjerin dan gula sehingga menjadi putih dan kembang sedikit.
2. Untuk perisa, boleh guna emulco coklat (nak pakai kordial jagung dan esen jagung pun boleh)
Bahan-bahan untuk ban manis
Resepi untuk 500g
- 500g tepung roti
- 90 g gula halus
- 7g garam halus
- 28g shortening
- 8g yis
- 3g magic improver
- 266 ml air sejuk (air sukatan anggaran sahaja)
Resepi untuk 250g
- 250g tepung roti
- 45g gula halus
- 4g garam halus
- 14g shortening
- 4g yis
- 1g mgic improver
- 133ml air sejuk (air sukatan anggaran sahaja)
Cara penyediaan ban manis
1. Campurkan kesemua bahan kecuali yis dan air sejuk.
2. Putar kesemua bahan itu sehingga sebati.
3. Masukkan air sejuk ke dalam adunan tersebut.
4. Kemudian baru masuk yis dan adun sehingga elastik.
Dah siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Fierah Zulaikha