berita

Resepi Sosej Ayam Homemade Kesukaan Anak-Anak, Confirm Sihat & Sedap!

April 4th, 2019 | by Arini Saleh
MyResipi

Antara makanan proses yang menjadi kegemaran anak-anak mestilah sosej ataupun hotdog. Rasanya yang enak dan cara masak yang mudah membuatkan sosej menjadi pilihan utama ketika ‘lapar’. Namun, pengambilan secara berlebihan boleh membawa pelbagai risiko kepada kesihatan anak.

Jadi apa kata anda cuba resepi sosej ayam homemade yang dikongsi di laman Masak Apa Hari Ni (MAHN) ini. Menggunakan ayam kisar dan sayur-sayuran, sosej ayam ini confirm jadi kesukaan ramai!

Resipi sosej homemade

Saja nak share resepi sosej homemade yang sedap sangat
Saya ni bukan penggemar sosej, yang beli-beli tu saya tak makan
Sebab tu gigih buat bila rasa teringin
Panjangnya muqaddimah

Bahan-bahan

Sosej homemade

1 pack ayam kisar (ra**i)
1 batang carrot
3 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 butir telur
2 tangkai daun sup
Sedikit garam

Cara masak

Blender halus semua bahan di atas (terkecuali ayam kisar, sebab memang dah halus)

Tuangkan bahan blend dan ayam. Tambahkan sedikit lada sulah + blackpepper + tepung gandum 4 sudu mkn ,gaul sebati.

Sy rebus ye, sy isi kan kedalam plastik aiskrim malaysia tu je
Didihkan air, baru masukkan plastik yang dah di isikan bahan tadi
Rebus sampai masak (dalam 10 minit lebih kurang) atau sampai isi berubah warna

Sedap.. Selamat mencuba!

Buang plastik, boleh simpan kat freezer
Bila nak makan tinggal grill je

Sedap, makan tak perlu nak bersos-sos bagai dah
Selamat mencuba

Sumber : Masak Apa Hari Ni (MAHN) , Juekhair Ayong

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×