berita

Resepi Sup Ayam Ala Thai Simple, Rasa Masam-Masam Pedas, Memang Power!

October 26th, 2020 | by Shira
MyResipi

Siapa dekat sini penggemar sup ayam? Kalau korang perasan, setiap kali order sup dekat kedai makan atau restoran Thai mesti rasa sup dia agak berlainan dari biasa kan? Rasanya yang pedas, masam dan masin sememangnya mampu membuka selera orang ramai. Apa kata korang cuba resepi sup ayam ala Thai yang dikongsikan oleh Tini Joe di Facebook. Senang je!

Tumiskan bahan-bahan

– Tumbuk bawang putih dan halia
– Potong bawang merah, bawang besar dan serai
– Ketuk cili
(Berapa biji kuantiti bahan tumis, depends on kuantiti ayam dan kuah sup)
– Minyak sikit. Tumis semua sekali.
– Campur hirisan lemak ayam.
(Nak terus letak daun limau purut + akar ketumbar pon boleh)
– Tumis sampai layu/garing/wangi.
– Api medium.

Basuh ayam dan bilas


– Ayam, celery dan carrot.
– Basuh.
– Potong.
– Siram/bilas.
(Duduk diam-diam kat bucu kaunter. Tunggu nama naik nanti baru pergi terjun masuk dalam puyuk okay)


– Air hawo-hawo nok gelegok, masuk ayam dulu. Close pot/pan with lid hingga ayam masak. Pahtu baru campak masuk C&C.

Bahan-bahan sup

1. Kiub Ayam Knorr
2. Sup Bunjut Adabi
3. Garam
4. Gula
5. Maggi cukup rasa
6. Thai Fish sauce

Sayur-sayuran

1. Daun Ketumbar/Coriander
2. Hirisan bawang besar (wedges)
3. Cili potong
4. Tomato
5. Daun limau purut
6. Perahan asam limau nipis

Dah siap!

Masin + Pedas + Masam + secukup rasa memikat selera! Ready to serve!

Sumber: Tini Joe

×