berita

Resepi Tortilla Wrap Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Anda Yang Nak Diet!

January 22nd, 2019 | by Shafika
MyResipi

Kadang-kadang bosan juga asyik selalu makan nasi kan? Apa kata sekali sekala tukar menu anda kepada wrap sihat ini. Bukan sahaja mudah dibuat, malah ia menjimatkan wang anda. Kalau beli di luar untuk seisi keluarga pasti memakan belanja yang besar.

Lebih baik buat sendiri di rumah seperti dikongsi Nurul Ain Syed Mohd ini. Memang senang dan sedap!

Bahan-bahan

1. Isi ayam

Dipotong sesuka hati, dadu boleh, besar nipis pun boleh. Tukar dengan sotong dan udang pun sedap juga.

2. Sayur: Salad romain, karot dan tomato.

Boleh tukar/tambah lettuce, bawang holland, kubis, timun dan lain lain ikut citarasa sendiri. Saya memang ikut apa yang ada dalam peti.

3. Telur.

4. Tepung ayam goreng Bestari.

Macam macam cara dah saya cuba untuk salutan ayam namun setakat ni, tepung Bestari ini yang paling sedap (ikut citarasa sayalah). Tahu pun dari seorang kakak yang juga peniaga tortilla pernah kongsikan di Fb suatu ketika dulu. Lama dah.

5. Sos: Mayonis, Caesar dressing, dan 1000 island.

Boleh juga tambah sos cili dan sos lada hitam.

6. Wraps

Sesuai untuk orang diet

Wholegrain untuk orang diet,
Original untuk orang tak diet.

Konsepnya sama macam roti wholegrain dan roti putih.

*Ada juga wraps yang berperisa seperti Garlic, Onion & Chive dan lain lain. Terpulang nak yang mana, citarasa masing masing kan.

Cara masak ayam


1. Perap ayam bersama tepung dan air selama 30 minit.
2. Pecahkan telur dan masukkan ayam tadi.
3. Salutkan dengan tepung semula tanpa air.
4. Goreng dalam minyak hingga masak. Jika diet mohon kurangkan minyak ya. Hehe.

Nota: Taknak guna telur pun takpa. Sedap juga. Boleh skip step 2.

Cara wrap

1. Panaskan sekejap dalam pan tanpa minyak selama lebih kurang 5 saat setiap belah wrap.

Jangan lama sangat nanti keras jadinya. Krupkrapkrup, mudah pecah apabila digigit.

2. Angkat dan letak semua sayur, ayam, sos.

3. Gulung.
Wrap wholegrain tu saya letak ayam saiz besar.
Wrap biasa ayam kecil kecil.

InshaAllah dua dua sedap. Refer gambar pertama untuk hasilnya ya. Yummy.

Sumber : Nurul Ain Syed Mohd

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×