berita

Resepsi Fattzura Disember Nanti & Hotel Mewah Sedia Taja Majlis Perkahwinan Mereka?

November 22nd, 2017 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Kami pasti ketika ini ramai yang menunggu kepulangan pasangan popular Fattah dan Fazura ke tanah air. Ini kerana pada 23 November, Fattah dan Fazura ingin mengumumkan sesuatu yang penting. Menurut laporan Harian Metro, sumber yang rapat dengan pasangan itu, sebuah hotel ingin menawarkan perkhidmatan untuk menaja majlis resepsi.

Difahamkan mereka akan bertolak dari Mekah pada hari ini. Sama-sama kita tunggu.

Hotel mewah sedia taja?

Menurut laporan Harian Metro, sumber rapat kepada Fattah dan Fazura berkata bahawa satu majlis resepsi untuk peminat Fattzura akan diadakan di Hotel Palace of Golden Horses, pada pertengahan Disember depan.

Saya difahamkan hotel berkenaan akan menaja majlis persandingan Fattah dan Fazura yang diadakan khusus untuk peminat. Bentuk penajaan merangkumi penyediaan lokasi dan makanan.

Manakala majlis persandingan membabitkan keluarga rakan artis dan segelintir media yang rapat dengan pasangan ini akan diadakan di hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur. Kalau tak silap saya Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Bila ditanya mengenai khabar angin pasangan pelakon secocok sudahpun melangsungkan pernikahan di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya pada 14 November lalu. Ini penjelasan dari sumber tersebut.

Saya rasa ada sebab kenapa pernikahan itu dirahsiakan sekiranya ia benar berlaku. Mungkin mahu memastikan keselamatan dan kelancaran majlis.

Mungkin juga Fattah dan Fazura termasuk keluarga masing-masing mahukan sebuah majlis yang tertutup tanpa membabitkan orang luar. Apatah lagi, keesokan hari mereka terus berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah.

Wah.. Macam betul je? Apa-apa pun kita doakan sahaja yang terbaik untuk mereka.

Sumber: Harian Metro

Save

Save

Save

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×