Sesuai untuk dijadikan hidangan sarapan pagi dan minum petang, sandwich sardin antara menu kegemaran tidak kira peringkat umur. Selain senang untuk disediakan, sandwich ini tidak memerlukan kos yang banyak.
Bagi yang mencari cadangan menu untuk potluck dan picnic, anda juga boleh cuba resipi yang dikongsi Ummu Hani ini. Nampak sangat juicy dan sedap, anak-anak pasti suka!
Sedap dan juicy
Korang selalu nya makan sandwich berinti apa? Telur? Tuna? Sardin? Ayam?
Hani dah try sandwich pelbagai versi & dibawah ini adalah satu satunya versi yang Hani paling suka sedap, juicy.
Sekali makan bole habis 6 pcs tau seorang. Bukan Hani je suka, suami, adik beradik, umi Hani pun suka sandwich versi ni. Mudah je nak buat. Tilik satu persatu gambar di bawah ok. Harini jugak boleh terus buat!
#MyAwesomeKitchen
#teamIQL
Bahan-bahan diperlukan
Bahan bahan :
Roti
Sardin
Mayonis
Bawang besar 1 biji (dihiris)
Cili merah 2 biji (dihiris)
Limau kasturi
Salad
Timun
Tomato
Hani suka Gardenia berbanding brand lain, lembut je roti nya
Sardin pulak suka guna brand Botan. Kalau Botan takde baru ambil Ayam Brand
Lebihkan cili bagi yang suka pedas
Cili merah tu kalau korang suka lagi pedas tambah jela lagi 4 – 5 biji. Bila tergigit cili dalam sandwich tu yang nikmat sebenarnya.
Veggies. Takde sayur, tak bermakna sandwich kita
Senang je nak buat
#Pertama
Panaskan sardin dalam kuali
Tak perlu letak minyak. Hanya masak kosong macamtu je + sedikit garam
Biar kan mendidih
#Kedua
Bila sardin dah masak, letak dalam pinggan
Kuahnya Hani tak ambil semua
Sikit² je dalam 4 – 5 sudu
Hancurkan semua sardin guna sudu
#Ketiga
Masukkan bawang besar & cili dalam sardin tadi & gaul rata
Gaulkan sehingga kesemua bahan rata
#Keempat
Perahkan sebiji limau kasturi. Biji nya buang
Gaul rata
#Kelima
Masukkan mayonis dalam 4 sudu
Lebih lagi sedap sebenarnya
Gaul rata
Masa untuk buat sandwichnya…
Masa untuk buat sandwichnya…
#Ketujuh
Ratakan sardin atas roti
#Kelapan
Letak salad, timun & tomato
Tutup sandwich dengan sekeping lagi roti yang juga dah disapu mayonis
Siappp
Bole la dibelah dua atau buat apa je bentuk yang korang suka
Selamat menjamu selera untuk menu petang / malam ni
Jemput #SHARE banyak² ok
Sumber : Ummu Hani Aziz