berita

‘Respon Pun Tak Sudi’ – Luluh Hati Isteri Baca Mesej ‘Kawan’ Merajuk Dengan Suami…

September 30th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Menjadi lumrah alam rumah tangga diuji dengan kesetiaan, kesihatan dan kewangan. Namun jika kita berpegang teguh pada agama pasti perkara sebegini tidak akan berlaku. Seperti perkongsian ini, betapa luluhnya hati seorang isteri membaca mesej dipercayai dari skandal suaminya sendiri.

Respon pun tak sudi

Semalam ada kawan satu universiti call meluahkan rasa sedih. Apa korang rasa bila ada pompuan whatsapp suami korang macam ni? Kalau saya secara jujur terkejut dan of course nak penjelasan. Macam ada pape je kan. Suami nya bagi penjelasan kata tak ada pape, kawan/member dah lama. Takde kaitan atau hubungan apa-apa. Bagi saya suami atau isteri kena SEDAR, TAHU dan HADAM batas dan ikhtilat diantara lelaki dan perempuan.

Ikhtilat dalam urusan pekerjaan dibenarkan. Bukan main semberono je. Suami izinkan isteri bekerja, jaga ikhtilat. Suami di tempat kerja pon jaga pandangan. Tundukkan pandangan. Tak salah berurusan atas tuntutan kerja. Yang salah nya bila bukan atas urusan kerja berhubung mesra yang boleh menyebabkan fitnah.

Menurut wanita ini, rakannya terbaca satu mesej mencurigakan di whatsapp suaminya. Di dalam mesej tersebut, individu ini luah rasa kecewa kerana mesej tidak dibalas. Dia turut meminta agar menghalalkan makan dan minumnya sepanjang tempoh perkenalan mereka.

Saja nak whatsapp motif?

Mula-mula alasan kerja, lepas tu lama-lama eh serasi la pulak, lepas tu eh tersuka lah pulak. Maka pintu-pintu  kepada kemaksiatan akan terbuka. Inilah realiti hari ini, skandal sana sini dlm tempat kerja yang sama. Balik rumah macam tiada apa-apa, tapi di pejabat s**** dengan suami orang, isteri orang. Saya ingat kaedah fiqh yang ustaz ajar dulu (‘sadduz zara’i) pendekatan berhati-hati mengelak, menutup peluang dari mudarat yang lebih besar. Saya masih ingat ustaz tekan kan hukum ikhtilat antara lelaki dan wanita. Hatta untuk membiarkan seorang wanita berduaan dengan ipar lelaki dalam rumah pon haram hukum nya.

Berbalik pada whatsapp tadi, korang rasa apa motif dia ni ye? Nak saja-saja whatsapp suami orang? Nak ajak suami/isteri orang jumpa lepak-lepak minum sembang-sembang? Perlu ke? Nak mengisi kesepian pon agak-agak la.
Wahai wanita, peliharalah dirimu dari menjadi fitnah dunia. Letakkan malu sebagai mahkota. Malu itu sebahagian daripada iman.

Wanita ini sempat berpesan kepada pasangan di luar sana agar menjaga rumah tangga masing-masing agar tidak menimbulkan masalah dimasa akan datang. Dalam pada itu, dia juga berharap agar lelaki dan wanita dapat menjaga pergaulan mereka agar tidak melampau batas atau boleh menimbulkan fitnah.

Sumber : Hafidzah Shahrani

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×