berita

‘Rest In Peace Angel’- Peminat Sedih Bintang K-Pop Top Secret, Yohan Meninggal Dunia

June 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi laporan Koreaboo, ahli kumpulan K-Pop Top Secret (TST), Yohan, disahkan meninggal dunia. Walau bagaimanapun, punca kematian Yohan masih belum didedahkan.

Gambar terakhir

https://www.instagram.com/p/CA2OnGQpXg-/

Menurut agensi yang mewakili kumpulan itu, KJ Music Entertainment mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan. Yohan dipercayai meninggal dunia semalam. Tambah agensi tersebut, keluarga mendiang amat sedih ketika ini. Oleh itu, mereka berharap pihak media menghentikan penyebaran khabar angin dan spekulasi berhubung punca kematian Yohan.

Berkongsi mengenai perkembangan karier, mendiang membuat kemunculan pertama pada 2015 bersama kumpulan NOM sebelum menyertai TST pada 2017. Di Instagram, Yohan memuat naik gambar terakhir pada 31 Mei yang lalu.

Rest in peace angel

Rata-rata peminat sedih dengan berita kematian Yohan. Mereka turut mendoakan rohnya tenang di sana.

Sumber: Koreaboo & Yohan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×