
Restoran milik usahawan Khairul Aming iaitu Rembayung semakin menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Artikel Berkaitan: Zhiddin Aziz Bidas Netizen Persoal Perkataan ‘Rembayung’ – ‘Kedai Yang Ada Kesalahan Ejaan Mereka Sunyi Pula’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming ‘Owner’ Restoran Rembayung, Simpan Rahsia Setahun – ‘Modal RM4 Juta Di Atas Tanah 8,000 Kaki’
Ramai bagi review
Di sebalik keterujaan orang ramai menantikan pembukaan restoran tersebut pada Januari hadapan, namun timbul pula isu kurang enak apabila premis berkenaan didapati menjadi sasaran serangan siber menerusi lambakan ‘review’ negatif.
Malah ‘rating’ di Google Review jatuh akibat lambakan ulasan bertaraf rendah daripada segelintir individu. Walhal, realitinya bangunan restoran tersebut masih dalam fasa persiapan akhir dan belum menerima sebarang tetamu.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama, orang ramai turut mempertahankan usahawan tersebut dengan meninggalkan ulasan positif dan kata-kata semangat di Google Review.
Sebelum ini, Khairul Aming mengumumkan pelaburan RM4 juta untuk membuka restoran sulungnya di Kg Baru, selepas 10 tahun berniaga secara atas talia .
Dengan keluasan 8,000 kaki persegi, restoran ini menjadi projek berskala terbesar sepnjang kariernya sebagai usahawan terkenal.
Google Review
Sumber : Threads