Restoran nasi kandar popular di Pulau Pinang iaitu Nasi Kandar Sulaiman tampil membuat permohonan maaf terhadap pelanggan mereka yang sudah beratur sejak awal pagi dan perlu menunggu lama untuk mendapatkan juadah pilihan mereka.
Artikel Berkaitan: Surrr.. 10 Lejen Nasi Kandar ‘Berkampung’ Di Nasi Kandaq Fest
Utamakan solat Subuh
Menerusi hantaran yang dimuat naik mereka di Facebook, mereka mengakui cakna dengan ketidakpuasan hati pelanggan terhadap mereka yang membuka kedai lambat daripada waktu operasi ditetapkan iaitu pada pukul 6.30 pagi.
Susulan itu mereka tampil memberikan penjelasan mengapa pihak mereka terpaksa membuka perniagaan mereka 15 minit lebih lewat.
Menurut pihak restoran tersebut, pihak mereka terpaksa membuka lewat atas sebab mengutamakan solat Subuh terlebih dahulu.
Kami minta maaf sebab terpaksa buka kedai lambat pada pukul 6.45 pagi sebab kami buka selepas solat Subuh.
Sekarang waktu lambat jadi terpaksa buka kedai agak lambat sedikit. Tetapi rasa kesian jugalah dengan pelanggan yang sudah pun beratur awal sebelum pukul 6.30 pagi.
Menurut pihak restoran itu lagi, mereka akan terus untuk mengutamakan solat sebelum memulakan perniagaan kerana perkara itulah yang akan disoal pada hari akhirat kelak.
Ada juga beberapa orang macam tidak berpuas hati dengan kami tetapi kami minta maaf, apa-apa pun kami akan utamakan solat Subuh.
Solatlah perkara pertama yang akan ditanya di akhirat nanti.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Nasi Kandar Sulaiman yang mengutamakan urusan melibatkan akhirat berbanding dengan keuntungan duniawi.
Mereka juga menitipkan doa agar pihak restoran tersebut terus istiqamah dalam meneruskan tindakan tersebut.
Komen netizen
Sumber: Facebook