Pemasaran digital di Malaysia bakal lebih gempak dengan gabungan REV Media Group dan Remix yang mana mereka bakal merevolusikan pemasaran affiliate, membuka peluang baru untuk jenama dan perniagaan bagi memanfaatkan strategi pemasaran yang lebih berkesan.
Gabungan pengaruh digital REV Media Group dan kepakaran Remix dalam pengurusan program affiliate, bukan sahaja menjanjikan peningkatan jualan, malah membuka jalan untuk pertumbuhan jenama yang lebih mantap di pasaran digital.
REV Affiliate+ buka peluang baru untuk jenama korang!
REV Media Group memperkenalkan REV Affiliate+, satu platform komprehensif menghubungkan jenama dengan rangkaian affiliate yang luas, membolehkan perniagaan mencapai trafik berkualiti tinggi serta mengoptimumkan pemasaran produk serta servis mereka.
Remix pula memainkan peranan utama dalam pengaktifan dan pengurusan program affiliate bagi memastikan strategi yang lebih menyeluruh dan menguntungkan.
Senang cakap dengan gabungan hebat capaian digital REV Media Group dan kepakaran Remix dalam pemasaran affiliate, pelanggan kini boleh menjangkau lebih ramai audiens sasaran dan meningkatkan jualan dengan lebih efektif!
Jenama korang juga berpeluang untuk muncul di platform besar macam OhBulan!, SAYS, Berita Harian, Harian Metro. Haa.. Gerenti viral!
Pasaran produk serta servis yang lebih luas!
Tak cukup dengan tu, Remix akan bantu pelanggan uruskan program affiliate dari A sampai Z. Nak cari affiliate, susun strategi komisen, pantau prestasi, semua Remix akan tolong!
Dengan sistem support yang mantap, jenama korang berpotensi untuk berkembang dengan lebih cepat dan berkesan!
Melalui strategi yang lebih tersusun, capaian yang lebih luas dan data yang lebih tepat, korang boleh fokus untuk jana lebih banyak jualan tanpa risau dan pening kepala!
“Pemasaran affiliate adalah peluang yang sebahagian besarnya belum diterokai kebanyakan pelanggan. Dengan menggabungkan platform media dan keupayaan penyasaran khalayak kami serta kepakaran Remix dalam rangkaian affiliate, kami melengkapkan pelanggan dengan platform untuk mendorong kempen berasaskan prestasi.” Ujar Nicholas Sagau, Ketua Pegawai Operasi REV Media Group.
Jadi, korang yang ada bisnes atau jenama, jangan lepaskan peluang ni! Sekarang lah masanya untuk luaskan pasaran produk atau servis korang dengan strategi pemasaran affiliate yang lebih hebat dan berkesan!