berita

Review Dracula Untold : Filem Genre Aksi Seram Yang Tak Cukup Rencah

October 2nd, 2014 | by Noraniza
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2014-10-02 at 1.49.24 PM

Anda sudah jelak disajikan dengan cerita hantu Malaysia seperti pontianak, toyol dan langsuir? Ha..ni kami bawakan hantu versi Hollywood pula.

Apa lagi kalau bukan si Dracula yang terkenal dengan mitos suka menghirup darah fresh daripada leher manusia kan? Ala-ala pontianak juga suka dengan darah. Tapi ini edisi lelaki.

Semalam, kami telah berkesempatan menonton preview filem Dracula Untold yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada hari ini (2 Oktober 2014). Best ke tidak? Jom baca review daripada kami dulu.

Screen Shot 2014-10-02 at 1.51.05 PM

Untuk makluman anda, filem ini menampilkan barisan pelakon yang boleh tahan famous. Antaranya ialah Luke Evans, Dominic Cooper, Sarah Gadon, Charles Dance dan ramai lagi.

Tapi, sebelum buat review, kami nak cerita dahulu sinopsis filem supaya anda semua tahu ‘what to expect‘ ketika menonton filem arahan Gary Shore ini.

Kisah ini bermula pada tahun 1462 di tanah Transylvania yang pada ketika itu aman damai di bawah pemerintahan pahlawan perang yang amat digeruni, Putera Wallachia, Vlad III The Impaler (lakonan Luke Evans).

Namun keamanan Transylvania mula bergoyah apabila Sultan Mehmed II (lakonan Dominic Cooper), pemerintah empayar Uthmaniyyah mengarahkan agar Vlad menyerahkan 1,000 orang kanak-kanak lelaki untuk menjadi bala tenteranya.

Screen Shot 2014-10-02 at 1.51.26 PM

Tidak cukup dengan itu, Sultan Mehmed juga mahukan anak Vlad, Ingeras (lakonan Art Parkinson) berpisah dengan Vlad dan Mirena (lakonan Sarah Gadon), sekaligus dibesarkan di bawah kawalannya.

Enggan menurut perintah Sultan Mehmed itu, Vlad meminta pertolongan Master Vampire (lakonan Charles Dance) di gunung Broken Tooth supaya memberikannya kuasa untuk menewaskan bala tentera Turki.

Namun, pertolongan Master Vampire bukan lah free ya? Sebabnya, Vlad harus menahan keinginannya untuk minum darah manusia selama 3 hari. Jika ingkar, Vlad akan bergelar dracula buat selamanya.

Screen Shot 2014-10-02 at 1.54.41 PM

Sejujurnya, kami jangkakan sesuatu yang outstanding daripada filem ini. Namun, mungkin dek kerana meletakkan harapan yang terlalu tinggi, kami sedikit hampa dengan outcomenya.

Oh come on. We need some action‘. Ha.. itulah antara dialog yang terkeluar ketika menonton filem ni. Jalan cerita ini boleh dikatakan agak lembab dan banyak dibazirkan dengan perbualan yang meleret-leret.

Bagaimanapun, seperti yang diceritakan dalam sinopsis tadi, kisah ini hanya mengisarkan tentang asal-usul kejadian dracula. Kami percaya akan ada sekuel untuk filem ini pula nanti sebab endingnya macam tergantung.

Screen Shot 2014-10-02 at 1.55.47 PM

Namun, filem ini tidaklah begitu menghampakan sehingga masuk list ‘not to watch‘. Sebabnya, sinematografi yang ditonjolkan dalam filem ini memang awesome.

Apapun, ini hanyalah pendapat peribadi kami sahaja. Jika anda ada pandangan yang lain mengenai filem ini selepas menonton Dracula Untold, jangan segan-segan drop komen di bawah ya! Selamat menonton.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×