berita

Review Filem : RoboCop Si Pembela Keadilan

February 3rd, 2014 | by Noraniza
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2014-02-03 at 4.24.27 AM

Adakah anda akan bersetuju jika insan tersayang harus menjadi separuh robot buat seumur hidupnya untuk kekal bernyawa? Itulah keputusan yang terpaksa dilakukan oleh Clara Murphy, isteri kepada seorang anggota polis yang cedera parah akibat daripada satu insiden letupan dalam sebuah filem sains fiksyen, RoboCop 2014.

Sedikit informasi, RoboCop telah diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1987 dibawah arahan Paul Verhoeven. Tiga tahun kemudian, Irvin Kershner mengambil alih bangku pengarah bagi RoboCop 2 dan yang terakhir ialah filem RoboCop 3 pada tahun 1993, hasil garapan daripada Fred Dekker.

Terbaru, RoboCop 2014 pula tampil lebih eksklusif dengan sentuhan lebih kreatif daripada pengarah kelahiran Brazil, Jose Padilha. Ternyata pengarah tersebut bijak bermain dengan kesan efek bagi menimbulkan situasi yang lebih dramatis, terutamanya dalam adegan perlawanan.

Screen Shot 2014-01-31 at 11.14.04 PMRoboCop 2014 tampil dengan sut hitam

Dalam dunia yang dibanjiri dengan penjenayah, Amerika Syarikat memerlukan sokongan pasukan keselamatan yang hebat demi melindungi rakyatnya. Namun, perbalahan timbul dalam kalangan ahli politik sama ada mahu menggunakan khidmat robot ataupun terus bergantung kepada anggota polis untuk melaksanakan misi tersebut.

Sebuah syarikat konglomerat multinasional, OmniCorp pantas memanipulasi peluang tersebut dan telah menggabungkan teknologi robot dan manusia dalam satu sut dengan tujuan utama untuk mengaut keuntungan berganda melalui penciptaannya itu.

Dr. Dennet Norton (lakonan Gary Oldman) telah dipertanggungjawabkan untuk menghidupkan Alex Murphy (lakonan Joel Kinnaman) ke dalam sut rekaannya. Kerana telalu cintakan suaminya, Clara Murphy (lakonan Abbie Cornish) terpaksa bersetuju dengan idea tersebut.

Screen Shot 2014-02-01 at 1.24.50 AMNamun, mereka gagal untuk mengawal naluri semulajadi manusia apabila Alex Murphy telah mengingkari kod arahan yang telah ditetapkan oleh mereka. Bimbang dengan keadaan itu, CEO OmniCorp, Raymond Sellars (lakonan Michael Keaton) bertindak mahu menghapuskan RoboCop.

Siapakah dalang sebenar yang melindungi kegiatan penjenayah? Adakah Alex Murphy mampu kekal rasional sebagai manusia walaupun dipengaruhi dengan teknologi yang dikawal oleh Dr. Dennet? Dan adakah niat jahat Raymond Sellars akan terlaksana?

Screen Shot 2014-02-03 at 4.30.08 AMBagaimanapun, penulis berpendapat bahawa permulaan jalan cerita ini boleh dikira agak perlahan di mana ianya lebih memberi fokus kepada permainan emosi antara Alex Murphy, Clara Murphy dan anaknya David Murphy (lakonan John Paul Ruttan). Kebanyakan durasi filem ini banyak dihabiskan sekitar kisah keluarga mereka sahaja.

RoboCop 2014 sudah mula berada di pawagam di seluruh negara pada 30 Januari yang lalu. Buat peminat filem sains fiksyen, tunggu apa lagi? Dapatkan tiket anda dan nikmati aksi mendebarkan dalam RoboCop 2014. Di sini, OHBULAN! kongsikan bersama anda trailer rasmi filem ini! Enjoice.

http://www.youtube.com/watch?v=INmtQXUXez8

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×