berita

Nora Danish Caj RM1,500- RM3,000 Untuk Review Iklan Di Instagram

December 2nd, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

nora danish

Perasan tak sekarang ni ramai selebriti mula untuk membuat review iklan di laman Instagram masing-masing. Pada mulanya kami ingat tiada sebarang caj yang dikenakan, tapi jangkaan kami meleset. Nothing is free yo!

Malah, kami agak terkejut apabila membaca harga yang perlu dibayar oleh peniaga kepada selebriti untuk membuat review berkenaan produk mereka.

Menerusi mStar Online, Nora Danish merupakan antara artis yang mengenakan bayaran termahal untuk review iklan, iaitu sekitar RM 1,500 sehingga RM3,000. Wow. Gaji sebulan tu. Huhu.

Screen Shot 2014-12-02 at 11.16.29 AM

Contoh review iklan Nora Danish

Dengan jumlah pengikutnya yang mencecah 1.4 juta orang, bayaran RM1,500 dikenakan bagi tempoh Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 10 malam sehingga 12 pagi.

Manakala caj sebanyak RM3,000 pula dikenakan untuk tempoh iklan bermula 1 petang hingga 9 malam bagi jumlah hari yang sama dan juga untuk hari Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, model muslimah, Felixia Raisyyah Rania pula mengenakan bayaran sekitar RM 2,000, bergantung kepada pakej yang disediakan.

fizo omar

Berbeza pula dengan Fyn Jamal, Nana Mahazan dan juga Fizo Omar, mereka mengenakan bayaran di bawah RM1,000 untuk peniaga yang berminat meletakkan iklan produk di Instagram mereka. Pengikut mereka juga boleh tahan ramai tau.

Jadi, kalau anda sebagai peniaga, selebriti manakah yang anda akan pilih untuk iklankan produk? Yang mempunyai ramai pengikut tapi harganya mahal ataupun jumlah pengikut yang kurang sedikit dengan harga yang jauh lebih murah?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×