berita

Kasih Berbisik : Apa Alasan Lelaki Mahu Kahwin Lagi?

October 16th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-10-16 at 4.22.59 PM

Kalau sebut sahaja perkataan ‘bermadu’, sudah pasti mampu membuatkan kebanyakan wanita-wanita di luar sana mengamuk besar. Satu isu yang sangat sensitif okay!

Jadi, bila menonton drama terbaru slot Lestary berjudul ‘Kasih Berbisik’ yang menggandingkan pelakon dari 3 buah negara ini, penulis dapat rasakan drama ini mampu jadi trending.

Walaupun jalan ceritanya agak rumit, namun pengarah drama, Jamal Khan dilihat berjaya lari daripada jalan cerita klise. Takdelah asyik nak cerita kisah rebutkan business yang bernilai juta-juta kan? Eh.

Screen Shot 2014-10-16 at 4.20.43 PM

Okay. Pertama sekali jom kita recap balik drama ‘Kasih Berbisik’  daripada episod pertamanya yang ditayangkan pada 1 Oktober yang lalu.

Secara ringkasnya, Imran (lakonan Remy Ishak) dan Nora (lakonan Nurul Aini) sudah berkahwin selama 5 tahun tetapi masih tidak dikurniakan anak. Tak cukup dengan itu, hubungan Nora dengan mak mertuanya pun tak berapa nak baik.

Bagaimanapun, Imran mula tertarik dengan Sulastri (lakonan Demmy Febriana) ketika dia dan rakan baiknya Andhi (lakonan Nick Mikhail) bercuti di Bali.

Screen Shot 2014-10-16 at 4.21.27 PM

Dek kerana frust dengan tunangnya, Dharma (lakonan Keith Foo) ditangkap polis, Sulastri cuba untuk membunuh diri, namun telah diselamatkan oleh Imran.

Dipendekkan cerita, Imran pun berkahwin dengan Sulastri tanpa pengetahuan Nora yang sentiasa sibuk menguruskan online businessnya.

Tapi, rasanya isu tak dikurniakan anak bukanlah penyebab Imran mahu berkahwin lagi. Kalau dah cinta tu, tak perlu nak ada alasan pun kan?

Screen Shot 2014-10-16 at 4.26.38 PM

Namun, menerusi 3 episod ini, kami dah dapat agak beberapa point penting yang akan jadi isu di klimaks cerita ini. Antaranya ialah isu perkahwinan rahsia antara Imran dan Sulastri. Mana taknya, Sulastri kini dah pun mengandungkan anak Imran tau.

Selain itu isu mengenai Dharma yang tetap mengejar Sulastri selepas keluar daripada penjara dan Andhi yang turut menggilai Sulastri. Tak ke gila tu namanya.

Sejujurnya, kami pun tak sabar nak tonton episod seterusnya minggu depan. Ha.. tapi apa pula pendapat anda semua setakat ini? Syok ke tak drama ‘Kasih Berbisik’ ni?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×