Dalam suasana penuh meriah di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025, Anna Jobling mencuri perhatian di pentas berprestij itu apabila dinobatkan sebagai penerima Outstanding Asian Star – Malaysia.

Artikel Berkaitan: Anna Jobling Rangkul Anugerah ‘Outstanding Asian Star’, Angkat Nama Malaysia Ke Peringkat Antarabangsa

Artikel Berkaitan: ‘Pencalonan Ini Adalah Hadiah Terbesar’ – Anna Jobling Mendahului Carta Undian

Dikelilingi bintang ternama

Dikelilingi bintang ternama dari seluruh Asia, pelakon kesayangan Malaysia ini tampil menawan dengan pesona tersendiri, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.

Sepanjang berada di Seoul, Anna turut berkesempatan berjumpa dan merakam momen istimewa bersama barisan selebriti antarabangsa ternama seperti Daniel Padilla dari Filipina, Ju Ji-hoon, Taecyeon (2PM) dan IU dari Korea, Film Rachanun Mahawan dari Thailand serta Kentaro Sakaguchi dari Jepun.

Detik berharga ini bukan sahaja memperlihatkan keakraban Anna dengan rakan-rakan industri serantau, malah menandakan pengiktirafan terhadap kehadirannya sebagai wakil Malaysia yang semakin menyerlah di pentas Asia.

Anna turut mencuri perhatian ketika melangkah di karpet merah SDA 2025 dengan penampilan anggun dan senyuman menawan yang menjadi tumpuan ramai.

Jalan-jalan di Seoul

Tidak menyembunyikan rasa terujanya berada di pentas antarabangsa, Anna berkongsi hasratnya untuk menikmati momen ini sepenuhnya.

Selepas anugerah ini, saya nak jelajah semua tempat cantik di Seoul, ambil gambar-gambar indah dan jumpa ramai orang.

Lebih istimewa, pencalonan Anna dalam kategori Outstanding Asian Star – Malaysia menerusi drama popular “Hai Cinta, Dengarkanlah!” bukan sahaja mengiktiraf bakatnya yang semakin menyerlah, tetapi turut menandakan langkah besar dalam usaha memperkenalkan drama tempatan ke pentas antarabangsa.

Lebih istimewa, pencalonan Anna dalam kategori Outstanding Asian Star – Malaysia menerusi drama popular “Hai Cinta, Dengarkanlah!” bukan sahaja mengiktiraf bakatnya yang semakin menyerlah, tetapi turut menandakan langkah besar dalam usaha memperkenalkan drama tempatan ke pentas antarabangsa.