berita

‘Rezeki Saya & Bayi Di Dalam Kandungan’ – Terima Gelaran Datuk Seri, Siti Nurhaliza Luah Rasa Syukur

October 24th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Baru baru ini berita kehamilan Datuk Siti Nurhaliza menjadi bualan hangat netizen. Rata-rata melahirkan rasa syukur dengan perkhabaran berita gembira itu. Terbaru, Siti Nurhaliza dikurniakan gelaran Datuk Seri sempena hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang.

Ramai menganggap kurnia yang terima itu rezeki dari kandungannya yang kini berusia 4 bulan. Siti Nurhaliza turut melahirkan rasa syukur menerusi laman Instagramnya.

Alhamdulillah di atas rezeki ini

Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini dan semoga patik menjadi rakyat Pahang yang berbakti kepada Agama , Bangsa , Negeri & Negara Patik.. Menjunjung Kasih Tuanku ..Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang .. #daulattuanku#alhamdulillah

Menerusi perkongsian Siti Nurhaliza di laman Instagramnya, dia melahirkan rasa syukur atas kurnia yang diberikan oleh Sultan Pahang. Berita itu sekali lagi antara tuah diterima bulan ini selepas disahkan hamil.

Kenyataan media:
Pertama sekali saya menjunjung kasih KDYMM Tuanku Pahang di atas pengurniaan darjah kebesaran negeri Pahang dan sebagai rakyat Pahang, ini merupakan satu penghormatan kepada saya. Ini bukan saja penghargaan kepada diri saya seorang tetapi mewakili insan seni yang lain kerana saya yakin, setiap masyarakat mempunyai sumbangan dan peranan tersendiri.

Alhamdulillah, saya menerima gelaran ini pada usia 21 tahun saya di dalam bidang seni dan penghormatan ini adalah salah satu daripada pencapaian yang mempunyai sejarah tersendiri di dalam karier saya.
Ini juga adalah rezeki saya dan juga bayi di dalam kandungan saya, rezeki yang datang dalam pelbagai cara yang berbeza. Sekali lagi saya menjunjung kasih KDYMM Tuanku Pahang, semoga Tuanku dilanjutkan usia dan dapat terus memerintah negeri ini sempena memuliakan ulangtahun hari keputeraan Tuanku.

Rezeki dari anak

 

Sumber : ctdk

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×