berita

Pemilik Kedai Peti Ais Alami Kerugian Kerana Pelanggan, Selepas Beberapa Minggu..

November 5th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Rezeki merupakan rahsia milik tuhan, tiada siapa yang tahu bila dan dimana sesuatu rezeki itu menjadi milik kita. Kadang kala kita diuji dahulu dengan pelbagai perkara sebelum dikurniakan sesebuah rezeki itu.

Menerusi akaun Facebook miliknya, seorang pemilik kedai barangan elektrik terpakai, Hazwan Syafiq menceritakan pengalaman beliau dikurniakan rezeki yang mellimpah ruah selepas sesuatu perkara berlaku padanya.

Ada pelanggan beli peti ais

 

Dalam rugi banyak untung. Betul ke?baca ni

Ada sorang Pakcik bukak kedai makan datang beli peti, bawak balik sendiri dengan hiluxnya. Tup tup setengah jam kol balik, cakap peti terjatuh dari hiluxnya. What! Siap salahkan staf ambe sebab ikat tak kemas..dan yang lagi best jatuh betul betul tengah jalan! 

Dalam fikiran peti tu rosak sikit je, datang pun niat nak tolong angkat. Sekali sampai tengok betul betul jahanam..kalau kereta ni kira total lost la..(boleh tengok gambar)..tengok tali yang ikat peti tu putus tengah..sah tali pakcik ni yang reput..Pakcik ni pulak keep duk tanye… Camne eh dik?? Camne eh dik? Pakcik takde duit dah ni!

Kalau korang buat apa??suruh Pakcik tu beli yang lain? Rm800 kot peti tu..

Yes of course bukan salah kami, waranti 3 bulan takkan cover kes jatuh dari hilux sendiri..Salah dia sendiri pakai tali reput..tapi tah kenapa boleh keluar dari mulut ni ,” takpela Pakcik, yang jatuh ni biarlah..Pakcik datang ambil yang lain dikedai”..rugi kan?

Ramai pelanggan yang datang

Selang 2 3 minggu lepas kes peti jatuh tu ramai customer yang datang bawak nama pakcik tu..Cakap pakcik tu promote suruh beli peti/mesin basuh kat sini.. “Majid kedai makan Pekan tu yang suruh tengok tengok kat sini peti sejuk, dia kata murah”..

Terus ambe terfikir, kalaulah aku buat keras kepala pertahankan hak kata peti yang jatuh tu bukan salah kami, tentu takkan jadi camni..silap silap pakcik tu pulak bawak cerita buruk pasal kedai ambe..10 11 orang jugakla customer yang pakcik tu rekemenkan dalam diam..Sangat berbaloi rasa ganti peti pakcik tu..rugi kes peti jatuh tapi banyak keuntungan yang dapat..

actually tak rugi pun kes peti jatuh tu, masih dapat balik modal..

Moral disebalik kejadian

Moral of the story:

  •  Jaga hubungan dengan ALLAH sebaik baiknya; habluminALLAH habluminannas 
  •  Fikir sedalamnya sebelum buat sesuatu keputusan, ianya akan mempengaruhi kehidupan kita
  •  Dalam rugi banyak untung, yang paling berbaloi adalah PENGALAMAN!

Yang tinggal disekitar Kuatan tu boleh singgah ke Peti Sejuk & Mesin basuh Refurbish – Kuantan ya..tenkiu 

#belajarmenulis
#DrBisnes

Sumber: Hazwan Syafiq

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×