Konsert Calpis Soda One In A Million (SCOIAM) episod pertama menyaksikan pelbagai kejutan termasuk tujuh
peserta tersingkir sebelum seorang daripada mereka diberi sekali lagi peluang untuk meneruskan perjuangan.
Artikel Berkaitan: Ini 32 Wajah Bakal Berentap Membawa Pulang RM1 Juta, Peserta Sabah Dominasi CSOIAM
Artikel Berkaitan: Konsert Pertama CSOIAM Penuh Dengan Kejutan, Sajikan Persembahan Daripada Tiga Bekas Juara & Juri Ternama
14 peserta mara ke minggu seterusnya
Meskipun kesemua peserta menerima komen positif daripada barisan juri tetap iaitu Ziana Zain, Datuk Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan namun tujuh daripada 20 peserta tidak berjaya melayakkan diri ke CSOIAM.
Tujuh peserta yang tersingkir adalah Rezza Shah, Esther, Yusriansyah, Bfore3, Boisover, Iqmal Romi dan Jill Gaisah.
Tetapi barisan juri tetap bersepakat untuk memberi sekali lagi peluang dengan membawa masuk kembali peserta Rezza Shah. Keputusan itu menjadikan jumlah keseluruhan peserta yang tersingkir adalah enam orang.
Ziana, Yusry dan Cakra percaya bahawa Rezza mempunyai bakat yang luar biasa selain memiliki suara yang unik dan boleh digilap menjadi seorang penyanyi hebat.
Manakala peserta Kai Deva yang mendendangkan lagu Sumpah dan Cinta Matiku nyanyian Nidji merangkul gelaran juara mingguan.
CSOIAM pada minggu kedua akan membawa tema Memori Indah Segar Membara.
Seramai 14 peserta yang terpilih iaitu Dhania, Mariam, Zazzleen, Kai Deva, Hafiz Zainal, Rezza Shah, Aniq Iffat, Hazimi, Erfarina, Alya, Eylia, Dayangku Iffah, Mary Grace dan Trio XL bakal berentap pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) untuk merebut wang tunai berjumlah RM1 juta.
CSOIAM ini dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah serta menampilkan juri tetap Ziana Zain, Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan.
CSOIAM berlangsung pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV3!