berita

Ribuan Peminat Serbu Rumah Pada Hari Raya, Shah Rukh Khan ‘Belanja’ Selfie

May 9th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Kehebatan Shah Rukh Khan sebagai bintang Bollywood terkenal memang tak boleh disangkal lagi. Tahun ini sekali lagi kediaman hero filem tersebut dibanjiri dengan ribuan peminat ketika Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Rai Syawal bersama peminat

Foto: iamsrk

Ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut meriah seluruh umat Islam, ada juga yang mengambil kesempatan untuk berkumpul di depan rumah hero Bollywood Shah Rukh Khan di Mumbai, Mannat, India.

Sangat menyenangkan dapat berjumpa dengan kalian semua saat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Allah memberkati kalian semua dengan kebahagiaan. Eid Mubarak.

Semoga masa lalu yang terburuk menjadi yang terbaik ke depannya.

Bintang Bollywood itu memuat naik gambar swafoto bersama peminat di laman IG miliknya itu kini mencecah 3.2 juta tanda suka dan lebih 40 ribu komen.

Di aplikasi TikTok pula, tular sebuah rakaman video yang memaparkan Shah Rukh Khan yang dikelilingi peminat ketika sambutan hari raya tahun ini meraih perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut menunjukkan ribuan peminat hadir di kediamannya.

Video penuh

@5.indi suasana lebaran rmah Shahrukh!!! #shahrukhkhan #kingkhan #fyp? ? PUTRI IKLAN KELJO AZHARDI COVER – KELJO

Tak pernah jemu layan peminat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman tersebut.

Sumber: iamsrk 5.indi

SKIP THIS AD ×