
Usahawan salun rambut terkenal, Ridzuan Ridzokumura berlapang dada menerima teguran warganet berikutan membawa anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura ke sebuah konsert baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Ridzokumura Pilih Setia Pada Arwah Akiko – ‘Kalau Kahwin Lain Itu Bermakna Saya Curang’
Artikel Berkaitan: ‘Sky Tak Nak Tinggal Solat, Sebab Mahu Sentiasa Doakan Arwah Ibunya’ – Ridzokumura
Teguran netizen

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Ridzuan atau nama lengkapnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib, berkongsi DM (direct message) daripada seorang warganet yang bertindak menegurnya.
Rasanya tak payah dedahkan Sky kepada aktiviti macam ini.
Dia terlalu muda untuk pendedahan seperti ini. Sepatutnya beri dia galakkan untuk belajar, masa depan dan juga agama.
Dia sangat baik, manalah tahu dia akan jadi profesional suatu hari nanti.
Tak melatah

Tidak mudah melatah, Ridzuan menerima nasihat tersebut dan mengakui kekhilafannya membawa Sky ke konsert berkenaan.
Menurut Ridzuan, selepas ini dia akan lebih peka terhadap perkara yang lebih bermanfaat untuk anaknya.
Saya 100% setuju dengan awak. Ini adalah salah satu situasi di mana ketika itu tiada sesiapa di rumah untuk tolong jaga dia. Semua kawan-kawan saya ada, tapi Sky terus balik sebaik saja lepas persembahan.
Terima kasih atas nasihat, saya hargai sebab awak ambil berat tentang kami.
Sekarang saya sudah faham, acara seperti ini tidak sesuai untuk Sky. Selepas ini, saya akan lebih beringat. Maaf.
Sumber: Ridzokumura







