Usahawan salun rambut terkenal, Ridzuan Ridzokumura berkongsi luahan menyentuh hati yang ditujukan kepada ibu mentuanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ridzokumura Sebak Kongsi Cerita Kebaikan Arwah Akiko – ‘Setiap Hari Dia Pergi Dekat Kereta & Masukkan Duit’

Artikel Berkaitan: Ridzokumura Akui Khilaf, Terima Teguran Netizen Bawa Anak Tonton Konsert – ‘Sky Terus Balik Selepas Persembahan’

‘Kekuatan saya adalah Sky’

Ridzuan atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang ibu mentua yang sangat baik, malah menganggapnya seperti anak sendiri.

Walaupun ibu mertua saya telah kehilangan anak perempuan kesayangannya, beliau tetap menganggap saya sebagai anaknya sendiri. Ibu mertua saya seorang insan yang terlalu baik dan berhati mulia.

Sementara menerusi hantaran di Instagram, Ridzo mengakui berasa ‘kosong’ dan hilang arah selepas kehilangan isterinya, Akiko, yang selama ini menjadi tempat bergantung kasih.

Mami, maafkan saya jika kata-kata ini agak sukar untuk saya luahkan. Sejujurnya, hati saya masih sangat sedih dan kosong sejak kehilangan insan yang saya kasihi. 

Ada masa saya berasa sangat lemah dan keliru, tidak tahu apa yang perlu saya lakukan untuk terus melangkah ke hadapan.

Bagaimanapun, Ridzuan kini sedang berusaha untuk bangkit dan meneruskan kehidupan. Ujarnya, satu-satunya sumber kekuatan yang membolehkannya bertahan adalah anak mereka, Sky.

Apa yang sentiasa menguatkan saya sekarang ialah memikirkan Sky dan tanggungjawab saya sebagai ayah.

Susulan daripada itu, Ridzuan memohon ibu mentuanya mendoakan agar dirinya dikurniakan kekuatan, ketabahan dan ketenangan hati untuk menempuh ujian ini. 

Terima kasih kerana sentiasa menjadi insan yang baik dan penyayang.

Saya sentiasa menyayangi dan menghormati Mami.  Semoga Mami sentiasa dilindungi dan diberi kesihatan yang baik.

Sumber: Instagram