berita

Riena Diana Dihantui Ketakutan, Kerap Kali Ditawar Beli Minyak Pengasih

August 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Penggunaan minyak pengasih dipercayai boleh menundukkan pasangan.  Biarpun ada yang menolak mentah-mentah tetapi hakikatnya itulah kepercayaan segelintir masyarakat Melayu sejak dulu lagi.

Dapat gambar minyak pengasih

Ini pula kisah mengenai pelakon Riena Diana yang terkenal menerusi drama Kampung People dan Kampung People 2.

Riena, 24, mendedahkan dia ada menerima kiriman foto minyak pengasih di Instagram (IG) miliknya, baru-baru ini.

Menerusi perbualan dengan OHBULAN!, Riena akui berasa takut selepas menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang mahu menjual minyak pengasih kepadanya.

Saya ada terima gambar minyak pengasih dekat direct message (DM). Memang terus rasa takut sebab minyak pengasih masih relevan hingga sekarang.

Bila dah rasa cuak tu memang terus block (sekat) akaun tu.

Banyak kali dah dapat

Tambah pemilik nama Nur Qamarina Diana Zulreal, dia menyatakan ini bukan kali pertama berlaku pada dirinya.

Katanya, sudah beberapa kali dia menyekat akaun palsu tersebut namun masih tetap terima mesej menakutkan itu.

Perkara ini dah banyak kali terjadi. Gambar tu bukan dari satu akaun saja. Seingat saya, dah block lebih daripada tiga atau empat kali tapi tetap ada lagi.

Dah la kebanyakannya adalah akaun palsu. Apabila difikirkan semula, apa tujuan dia menjual minyak itu kepada saya?

Dalam pada itu, penyampai radio Hot FM yang kini bertugas di segmen Sembang Petang bersama Haziq Hussni turut berdoa agar dijauhkan daripada amalan syirik yang dilaknati Allah.

Sebelum ini, Riena ada berkongsi tangkapan skrin (screenshot) daripada pemilik akaun yang menggunakan nama @archan_pelet.

“Minyak pelet (pengasih), pelaris, pemasangan susuk, mandi bunga, mandi batin (aura). Berminat sila hubungi,” tulis individu itu.

 

SKIP THIS AD ×