berita

Riezman Khuzaimi Pernah Terima Tawaran Berlakon RM150 Sehari – ‘Saya Rasa Itu Seperti Satu Penghinaan’

April 22nd, 2024 | by Alia
Kini Trending

riezman

Foto: Sinar Harian

Isu bayaran murah yang diterima oleh pelakon veteran dan berpengalaman semakin mendapat perhatian ramai termasuk aktor, Riezman Khuzaimi yang turut terkesan dengan isu tersebut.

Artikel Berkaitan: Disahkan Hidap Slip Disc, Riezman Khuzaimi Bergantung Kepada Pendakap Leher – ‘Sangat Emosi, Cepat Marah’

Artikel Berkaitan: Apa Punca Riezman Khuzaimi & Isteri Sah Cerai Talak Satu?

Bayaran berdasarkan pengalaman

riezman

Ketika ditemui OhBulan! Riezman mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan bayaran yang rendah dan disebabkan itu juga dia jarang muncul di kaca televisyen.

Setahun ada dua atau satu filem, drama pun begitu juga. Orang selalu tanya kenapa jarang nampak dekat TV, saya cakap terus terang sebab dia orang tak mampu bayar saya. Tak mampu bayar bukan kerana mahal, tapi bayaran itu saya rasa seperti satu penghinaan.

Jadi saya rasa lebih baik saya jual burger boleh dapat dalam RM300 ke RM400 sehari daripada berlakon dapat RM150, itu melampaulah.

Dalam pada itu, pelakon berusia 54 tahun tersebut berkata isu berkenaan tidak wajar berlaku di dalam industri hiburan sehingga menyebabkan ramai selebriti berpengalaman menolak tawaran lakonan.

Memang patut dia (Azlee Senario) tolak. Kalau kita tengok Senario berlakon, menyanyi dan buat lawak..kita sepatutnya kena hormati. Patutnya lagi senior lagi tinggi bukan lagi catu.

Sama juga macam Jalil Hamid kenapa dia tak nak berlakon, sebab tawaran yang macam itu. Fauziah Nawi pun begitu.

Riezman berkata demikian di sidang media Kami Sempoi yang diadakan di Pavillion Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelakon filem Baik Punya Cilok itu juga berasa kecewa dengan situasi tersebut yang dikatakan boleh memberi kesan buruk terhadap industri.

Saya pun pernah berlakon di Indonesia dan Hong Kong. Bukan sebab status tapi pengalaman. Lagi senior pelakon itu mereka sepatutnya bayar sama dengan pengalamannya.

Perkara ini makin teruk. Ini nak merosakkan industri kita, kualiti akan jatuh.

Dalam perkembangan lain, Riezman telah dilantik sebagai duta untuk agensi Kami Sempoi iaitu sebuah agensi yang membantu dan menguruskan hos siaran langsung di platform TikTok.

Terdahulu, segelintir warganet mendakwa Azleee bersikap bongkak dan tidak bersyukur kerana menolak tawaran lakonan berikutan bayaran yang tidak berpatutan.

SKIP THIS AD ×