Penyanyi Ariff Bahran tampil menjelaskan tentang isu tawaran bayaran persembahan yang dianggap terlalu rendah dan tidak berbaloi untuk seorang penghibur.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Nak Makan Apa?’ – Ariff Bahran Dedah Ditawar RM1,400 Untuk Nyanyi Dua Lagu

Artikel Berkaitan: Anggap Industri Muzik Toksik & Berat Sebelah, Ariff Bahran Nafi Mahu Berhenti Menyanyi – ‘Bila Masa Pula Saya Cakap?’

Menyanyi sepenuh masa

@ariffbahran

RM 1.4k ke RM 10k ke..kau perlu tahu what and where is your value. Harga diri kau yang sebenar. Done and wrap for this topic. We buy we sell and we consign @myrzluxury 👜 #lifestyle #success #motivation #mindset #reels

♬ ca$h $hit – Gunna

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama lengkap Muhammad Ariff Bahran Ahmad Zahari, 27, itu berkata, tindakannya mengutarakan perkara tersebut adalah demi kebajikan rakan-rakan seidustri.

Ramai yang salah faham dengan apa yang saya katakan. RM1,400 tu saya tolak kerana mahu fokus dengan perkara lain.

Tapi saya bercakap tentang RM1,400 mewakili anak-anak seni yang menyanyi sepenuh masa dekat luar sana. Mereka mempunyai nilai tersendiri.

RM1,400 tu kalau mereka terima, mungkin itu sahaja job mereka untuk dua ke tiga bulan atau pun sebulan sahaja.

Bayaran tak setimpal?

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Kata Akhirmu itu turut mempersoalkan sikap segelintir penganjur yang didakwa sanggup membayar artis luar negara dengan kadar lebih mahal berbanding penyanyi tempatan.

Artis seberang sanggup keluarkan RM30,00 ke RM40,000 tapi bayaran artis lokal kita sedih.

Macam ini ke penganjur di Malaysia? Potong harga sesuka hati untuk artis lokal kita.

Saya ada kawan-kawan yang kadar harganya dulu mencecah RM15,000 ke RM30,000 tapi sekarang job yang RM3,000 pun dia terpaksa ambil juga.

Tapi, itulah rezeki masing-masing.

RM1,400 je RM10,000 ke, kau perlu tahu nilai diri iaitu harga diri kau yang sebenar.

Terdahulu, Ariff mendedahkan dia pernah ditawarkan serendah RM1,400 untuk mendendangkan dua buah lagu.

Justeru, Ariff akui dia meraih lebih banyak keuntungan dengan kerjayanya kini berbanding menyanyi.

Sumber: Ariff Bahran