berita

Rileks Je Bawak Motor Bogel…

May 3rd, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Semalam, tular sebuah video dikongsi seorang pengguna media sosial yang memaparkan aksi seorang lelaki dengan ‘bersahaja’ menunggang sebuah motosikal tanpa mengenakan sebarang pakaian.

Menerusi video berdurasi kurang 30 saat itu, menunjukkan lelaki berkenaan menunggang secara berseorangan tanpa memakai topi keledar dan sempat memberikan signal seolah-olah mahu membelok ke kiri.

Lelaki dipercayai mabuk

Foto: Tangkap layar video

Susulan daripada itu, menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Kulim, Kedah. Difahamkan, sebelum ini video berkenaan telah tular menerusi aplikasi WhatsApp sebelum dikongsi di laman Facebook. Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu.

Ujarnya lagi, lelaki itu besar kemungkinan dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan yang mabuk.

Namun, kita tak tidak dapat laporan polis daripada sesiapa setakat ini dan tiada tangkapan dilakukan.

Menerusi satu laporan yang lain, video yang memaparkan individu yang sama berlegar-legar di hadapan sebuah premis di pekan Kulim turut tular dan mendapat perhatian daripada warganet.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×