berita

Rimas Sering Ditanya Bila Ingin Kahwin & Ada Anak, Lihat Apa Yang Dilakukan Gadis Ini

October 11th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Seorang wanita dari Uganda berusia 32 tahun baru-baru ini telah membuat satu keputusan yang ‘ganjil’, selepas rimas kerana sering diaju soalan bila ingin berkahwin. Lulu Jemimah kini sedang melanjutkan pelajaran di University of Oxford di England. Tetapi mengapa dia membuat keputusan sebegini? Apakah sebabnya?

Kahwin dengan ‘diri sendiri’

Seorang wanita dari Uganda berusia 32 tahun baru-baru ini telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan diri sendiri, selepas rimas kerana sering diaju soalan bila ingin berkahwin. Lulu Jemimah sedang melanjutkan pelajaran di University of Oxford di England pada tahun lepas (2017) untuk melanjutkan pelajaran Master dalam bidang Creative Writing.

Jemimah berkongsi kisahnya di laman sesawang Go Fund Me, bahawa dia sudah memohon di tiga buah universiti di United Kingdom kerana universiti di Uganda tidak menawarkan bidang yang diingininya. Selepas memohon di beberapa universiti, akhirnya Jemimah diterima masuk ke University of Oxford di England.

Walaupun dia kini sedang mengutamakan pembelajarannya, namun ramai yang masih bertanya bila dia ingin menamatkan zaman bujang dan ada anak.

Mereka sering bertanya bila saya ingin berkahwin, bina sebuah keluarga. Mereka tidak dapat bayangkan bahawa keutamaan saya kini adalah bukan untuk ke arah itu (perkahwinan).

Saya buat keputusan untuk tidak memanjangkan lagi perkara itu. Saya menamatkan zaman bujang pada hari kelahiran saya yang ke-32, bersama seseorang yang akan selalu menjaga, ambil berat tentang saya (dirinya sendiri).

Bapa sudah tulis ucapan kahwin sejak dari umur 16 tahun.

Jemimah turut berkongsi bahawa ayahnya mula menulis ucapan sempena perkahwinan anaknya sejak dari umur 16 tahun. Manakala ibunya pula tidak berhenti doa agar anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang baik.

Perkahwinan adalah timbulnya perasaan cinta dan sanggup memberi komitmen penuh pada keluarga. Tetapi di Uganda, perkahwinan adalah sesuatu untuk menjaminkan keselamatan kewangan wanita.

Kos perkahwinan Jemimah hanya $2.62 (RM10.88) sahaja, iaitu kenderaan untuk ke lokasi perkahwinannya. Gaun yang dipakainya dan solekan pula telah ditanggung oleh rakan-rakannya. Barang kemas yang dipakai turut dipinjam manakala manakala makanan dan minuman harus dibayar sendiri oleh tetamu yang hadir.

Perlu cari jumlah wang yang banyak untuk tampung kos belajar

Menurut Jemimah, dia masih memerlukan £20,000 (RM109,385) untuk kelas tusyen, tetapi dia tidak layak untuk memohon pinjaman dan biasiswa. Oleh itu, dia ambil keputusan demi meringankan beban yang dihadapinya. Jemimah berkata, tahun pertamanya di universiti itu telah ditanggung penuh oleh seseorang yang tak dikenali.

Kini, dia perlu fikir bagaimana untuk menanggung kos pelajaran pada tahun kedua.

Saya perlu memohon visa setiap 6 bulan sekali dengan risiko permohonan saya akan ditolak atas sebab kewangan. Saya masih ada setahun lagi dan saya perlu mengumpul wang sejumlah £10,194.00 (RM55,753) untuk kelas tusyen dan bayaran yuran.

Jemimah berkata, dia tidak dibenarkan untuk bekerja di United Kingdom, tetapi harus membayar kursus Creative Writing pada gaji Uganda.

Sudah dua kali saya tidur di perpustakaan kerana saya tidak mampu untuk menyewa bilik dan tidak mahu meminta sebarang bantuan. Saya akan memulakan tahun kedua pembelajaran, tetapi untuk habiskan tahap degree ini amat mustahil tanpa meminta pertolongan anda.

Setakat ini dana Jemimah telah terkumpul kira-kira £4,000 (RM21,877) dari 1 Oktober 2018. Dia masih perlukan £6,000 (RM32,815) untuk membantu membayar kos pembelajaran pada tahun kedua di Oxford.

Sumber: The Star

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×