Korang pernah dengar istilah clean beauty products? Bagi yang belum familiar, clean beauty products ialah isitilah yang diberikan kepada produk-produk kecantikan seperti skin care dan mekap yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Tidak hanya vegan, clean beauty products selalunya mesra pengguna, mesra haiwan dan mesra alam.
Ingin memberikan yang terbaik tidak hanya kepada pengguna tetapi kepada seluruh masyarakat, Rimmel menawarkan rangkaian clean beauty products daripada siri KIND & FREE untuk kita semua.
Siri KIND & FREE, rangkaian mekap dengan formula 100% Vegan!
Buat korang yang dah lama tercari-cari clean beauty products yang diformulasikan 100% vegan dan mesra alam, korang patut cuba siri rangkaian mekap KIND & FREE Rimmel. Inilah rangkaian pertama clean beauty products yang bersikap telus dengan menyatakan bahan dan formula penuh produk mereka secara umum.
Telah diuji oleh pakar dermatologi, siri produk KIND & FREE tidak menyumbat pori-pori kerana ianya Non-comedogenic dan sesuai digunakan oleh korang yang ada kulit sensitif.
Selain itu, hanya bahan-bahan yang berfungsi dan berkesan untuk menjaga dan memelihara keadaan kulit digunakan dan produk dari siri KIND & FREE juga bebas pewangi.
Bukan itu sahaja, pemilihan packaging juga amat dititik beratkan. Menggunakan post-consumer recycled content sebagai bahan pembungkusan utama. Inisiatif ini diharap dapat mengurangkan penggunaan plastik sedia ada melalui proses kitar semula. Sekali gus, mengurangkan jumlah sampah yang ada.
Siri KIND & FREE tawar 3 produk utama.
Melalui siri KIND & FREE, Rimmel menawarkan 3 produk utama iaitu skin tint, concealer dan pressed powder. Kesemuanya memiliki fungsi dan kelebihan yang tersendiri. Berikut ialah kelebihan rangkaian produk daripada siri produk ini:
1. KIND & FREE Moisturising Skin Tint
Korang yang gemarkan solekan natural dan tidak tebal, jangan lupa cuba KIND & FREE Moisturizing Skin Tint. Tinted moisturizer ini membantu melembapkan dan menyekatakan tona pada kulit wajah.
Diformulasi menggunakan 77% bahan semula jadi selain, diperkaya dengan antioksidan kompleks Vitamin E dan Pro-vitamin B5 serta Aloe Vera yang baik untuk kulit, produk ni sangat ringan pada wajah. Love teruk!
Ada 6 pilihan warna yang ditawarkan. Korang boleh check shade yang bersesuaian dengan tona kulit wajah korang.
2. KIND & FREE Hydrating Concealer
Bagi korang yang ada masalah concealer selalu crack dan crease pada garis bawah mata, min cadangkan korang cuba Rimmel KIND & FREE Hydrating Concealer.
Diformulasikan untuk membantu cover lingkaran hitam bawah mata, jerawat, bekas parut dan cela diwajah, produk ini dihasilkan dengan menggunakan 80% bahan semula jadi.
Berbeza daripada KIND & FREE Moisturizing Skin Tint, Kind & Free Hydrating Concealer didatangkan dalam 3 pilihan warna kulit.
3. KIND & FREE Pressed Powder
Memiliki tekstur yang halus dan ringan, Rimmel KIND & FREE Pressed Powder dihasilkan daripada tepung ubi kayu. Pressed powder ini memang best giler guna terutamanya untuk touch up mekap.
Disamping itu, bagi korang yang tak gemar gunakan foundation, pressed powder adalah alternatif terbaik yang korang boleh gunakan untuk tutup cela kulit.
Lagipun, Rimmel KIND & FREE Pressed Powder ni bebas talkum dan tak tebal, jadi muka korang tak kan nampak cakey. Memang berbaloi beli.
Lain macam betul rangkaian produk Rimmel dari siri KIND & FREE kali ini. Bukan je mesra pengguna bahkan ianya clean beauty products yang mendatangkan kebaikan untuk semua. Dah la packaging cantik, fresh dan trendy, sesuai sangat dengan trademark mereka BE KIND, BE FREE, BE YOU.
Dapatkan produk Rimmel dari siri KIND & FREE di Shopee, Lazada, Zalora, Watsons, dan Guardian sekarang, sebelum habis stok.