berita

Rindu 7 Tahun Terubat, Anak Sebak ‘Jumpa’ Bapa Dah Meninggal Dunia Berdiri Di Tepi Jalan…

January 12th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Siapa sangka, kerinduan seorang anak terhadap bapanya yang sudah meninggal dunia sejak tujuh tahun lalu akhirnya terubat. Si anak ‘menemui’ mendiang bapanya menerusi Google Earth.

Rindu terubat nampak wajah bapa

Kisah sedih itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan nama Teacher UFO, memperlihatkan sosok tubuh seorang lelaki tua berpakaian kemeja pendek berwarna biru sedang berdiri di tepi jalan sambil menunggu isterinya pulang ke rumah.

Dalam gambar yang lain turut kelihatan si ibu sedang berjalan di kawasan rumah mereka. Lelaki ini menyifatkan mendiang bapanya seorang insan yang sangat baik dan pendiam.

Saya nampak ayah saya yang meninggal dunia 7 tahun lalu. Dia pasti sedang menunggu ibu saya pulang.

Jangan kemaskini gambar

Bukan itu sahaja, lelaki ini juga berharap agar pihak Google tidak mengemaskini atau memadam gambar tersebut. Hal ini kerana ianya secara tidak langsung dapat mengubat rindu terhadap bapa tercinta. Perkongsian yang dimuatnaik di Twitter pada 4 Januari lalu telah mendapat sebanyak 113.2k retweet dan 696.6k tanda suka.

Sumber: India Times, Teacher UFO

SKIP THIS AD ×