berita

Rindu ‘Air Tangan’ Ibu Di Aildilfitri? Ini 10 Resepi Masakan Hari Raya Guna Air Fryer

May 20th, 2020 | by Shafika
MyResipi

Apabila tiba hari raya, pasti ramai sibuk memikirkan juadah makanan yang senang dibuat di pagi raya. Betul tak? Lebih-lebih lagi tahun ini kita akan beraya di rumah masing-masing tanpa ahli keluarga yang pakar memasak. Namun ini tidak bermakna korang tidak dapat menikmati kesemua makanan raya kegemaran korang musim PKP ini kan?

Kali ini kami kongsikan 10 resepi mudah yang boleh dibuat di pagi raya menggunakan Air Fryer. Fuh senangnya! Barulah rasa macam hari raya!

Lemang Cawan

Bahan-bahannya

2 cawan Beras Pulut
2 cawan Santan pekat
1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Daun pandan
Cawan kertas

Cara penyediaan

1. Basuh beras pulut bersih.
2. Rendam beras pulut dalam air selama 2jam.
3. Kemudian toskan air. Basuh bersih dan rendam dengan air santan dan garam selama 30min.
4. Alas cawan dengan daun pandan sementara menunggu.
5. Isikan beras kedalam cawan dan tuang santan cukup paras beras pulut.
6. Panaskan Air Fryer pada suhu 180°C selama 5minit.
7. Masukkan dalam AF beras pulut yang telah diisi dalam cawan.
8. Bakar 1 : 180°C / 30min
9. Bakar 2 : 160°C / 10min
10. Dah siap, rehatkan 10min dalam AF sebelum dikeluarkan.
11. Kemudian boleh dihidangkan lemang dengan juadah pilihan.

Ketupat Palas

Bahan-bahannya

1kg beras pulut susu
1kg santan pekat
1 cawan air
1 1/2 sudu kecil garam
2 ikat Daun pandan

Cara penyediannya

1. Basuh beras pulut dan toskan airnya. Campurkan santan, air, garam dan daun pandan ke dalam periuk.
2.Masak dengan api sederhana sehingga hampir mendidih dan terus masukkan beras pulut
3. Kacau dengan senduk kayu dan jangan tinggalkan. Kalau tak hangit nanti. Sekejap je masaknya sebab pulut susu mudah kembang. Masak sehingga likat, tak perlu sampai terlalu kering ya.
4. Bila pulut dah sejuk, masukkan ke dalam daun ketupat palas tadi. Ikat ketat dan kemas, akhir sekali simpulkan tangkainya supaya masa masak nanti pulut tak terburai dan air tak masuk ke dalam daun.
5. Masukkan kesemua pulut yang dah siap ke dalam periuk, isi air hingga paras tinggi ketupat tu. Kemudian masak hingga airnya kering.
6. Sebelum goreng di Air Fryer pastikan letak di dalam peti sejuk terlebih dahulu, goreng pada suhu 200c selama 20 minit.

Tips : Kalau nak senang, beli ketupat frozen dan hanya goreng di dalam Air Fryer ini, tiada lagi percikan minyak. Yang penting rangup di luar, lembut di dalam.

Sate

Bahan-bahannya

Dada ayam dihiris panjang
Bwg putih
Serai
Kunyit hidup
2 sudu besar gula perang

Cara penyediannya

1.Blend semua bahan kecuali dada ayam
2.Campurkan bahan blend dengan sos tiram, garam, ayam dada & perap selama 1-2jam.
3.Cucuk bahan perapan dengan lidi
4.Bakar suhu 160c selama 10 minit. Terbalikkan tambah lagi 5 minit.

Kuah Kacang

Bahan-bahannya

Bahan ( A) semua sangai dalam AirFryer:
500g kacang tak perlu buang kulit
6-7 bawah merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3 barang serai
Blend Bahan diatas setelah disangai ye masukkan dalam kuali bersama:
B) Gula merah/gula
Cili kisar
Air (masukkan sikit2 sehingga dapat kepekatan yg diingin)
Minyak
Garam/perisa secukup rasa

Cara penyediannya

1. Bahan2 A disangai (tanpa minyak) dlm AirFryer dgn suhu 160c selama 15 minit hingga masak kemudian sejukkan dulu baru blend Bahan A tadi (tahap kehalusan ikut kome ye)
2. Satukan ,kacang yg telah diblend bersama gula merah,cili kisar,garam,serbuk perasa,air Dan minyak ke dalam kuali.
3. Kacau sebati, masak hingga naik bau adjust rasa Dan kepekatan mengikut citarasa.

Boleh siap dihidangkan bersama ketupat, rojak mee, satay dan apa saja mengikut citarasa anda.

Ayam Bakar Rendang

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam(dipotong)
2 peket kecil kerisik
5 helai daun limau purut
1 1/2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu besar garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 keping asam gelugor
3 helai daun kunyit(hiris halus)
1 1/2 cawan air

Bahan kisar

Bawang/merah/putih
Halia
Lengkuas
Serai

Cara penyediannya

1. Gaulsebati semua bahan bersama ayam
2. Bakar suhu 160c 20minit
3. Terbalikkan bakar lagi 20minit
4. Nak bagi garing sikit naikkan suhu 190c selama 5 minit tiap belah

Tips : Nak mudah beli paste rendang, dah terus boleh perap dan bakar. Sedap dan mudah!

Ayam Madu Bakar

Bahan-bahannya

Ayam 1/2 ekor
Bwg putih
Bwg merah
Halia
Serbuk cili babas
Madu
Mentega (untuk menumis bahan 1-4) lpas tu masukkan madu.

Cara penyediannya

1. Gaul ayam dengan gaulsedikit garam dan kunyit dan masukkan bahan yg ditumis. Perap sekejap dan bole masak.
2. Bakar pada Suhu 120’c masa selama 20 minit. Terbalikkan ayam dan tambah masa 10 minit.

Choc chips Famous Amos

Bahan-bahannya
3 cawan Tepung Gandum
1 cawan Gula Perang
1 cawan Gula Putih
225g Mentega
240g Chocolate Chips
1 1/4 sudu teh Soda Bikarbonat
2 sudu teh Esen Vanila
2 biji Telur

Cara Penyediaan

1. Masukkan mentega kedalam mangkuk.Tambahkan kedua dua gula.
2. Gaul rata sampai sebati
3. Tambahkan telur dan esen vanilla. Gaul sebati
4.Ayakkan tepung gandum dan soda bikarbonat.
5. Akhir sekali, masukkan chocolate chip. Gaul sebati.
6. Balutkan adunan dan simpan dipeti sejuk selama 30min. Selepas 30min/ setengah jam, keluarkan adunan tersebut dan ia sedia untuk dibakar. Adunan masih lembik sediki
7. Alaskan bakul dengan baking paper dan susunkan adunan. Jarakkan jauh sikit untuk memberi ruang pada biskut untuk mengembang
8. Panaskan dahulu AF pada 200°C / min sebelum bakar. Bakar pada suhu 180°C / 15min.
8. Selepas 15min, keluarkan biskut dan rehatkan 15 ke 20min sebelum dihidangkan supaya ia dapat mengeras dan ranggup.

Kek masam masam manis

Bahan-bahannya

5 biji telur
1 buku mentega (250 gm)
1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang dikisar halus
1/2 cawan gula halus
1/2 tin susu pekat (tin kecil ye)
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
Asam “Haw Flakes” (mengikut citarasa – bahan wajib ye)
Pewarna (ikut pilihan sendiri)

Cara penyediannya

1. Putar mentega dan gula sehingga kembang dan sebati
3. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi
4. Masukkan baking powder dan putar lagi
5. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar sehingga sebati
6. Akhir sekali, masukkan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus dan juga esen vanilla. Putar sehingga adunan menjadi sebati
7. Bolehlah bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian (ikut pemilihan warna anda)
8. Warnakan setiap bahagian tadi dengan warna yang berbeza (saya memilih hijau dan kuning)
9. Lapiskan loyang 8 inci anda dengan aluminium foil.
10.Kemudian, ambil sedikit adunan warna hijau dan ratakan di dalam loyang tersebut. Bakar pada suhu 160’c untuk setiap 5 minit lapisan. Akhir sekali masuk kan semula bakar suhu 120’c selama 20minit.

Tart Cadbury

Bahan-bahannya

Cadbury chocolate
250gm butter (saya guna pure butter)
300gm tepung gandum
40gm tepung jagung
50gm gula (saya guna icing sugar)
1sd kecil esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

Cara penyediannya

1. Gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi doh kecuali Cadbury
2. Bentukkan kuih tart menggunakan acuan
3. Balutkan coklat cadbury sehingga tertutup
4. Bakar pada suhu 180’c dalam 10minit ke dalam Air Fryer korang

Biskut Nestum

Bahan-bahannya

1 3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
1/4 cwn tepung jagung
1 sudu tepung beras
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan cornflakes ramas kasar
200g butter (suhu bilik)
1/2cwn gula kastor
1 biji kuning telor

Cara penyediannya

1. Gula dan butter di pukul dalam 5 minit… Boleh guna whisk dan masukkan telor
2. Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder
3. Gaul sebati
4. Bentukkan adunan bulat2 dan golek pada cornflakes dan buat sampai habis
5. Bakar selama 15minit suhu 150

Tips : Selepas bulatkan adunan, boleh golek dulu dalam cornflakes yg diramas. Lagi sedap & rangup rasa biskut tu.

Sumber : Resepi Air Fryer [Malaysia]

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×