berita

Rindu Bazar Ramadan? Beli Semua Bahan-Bahan Ni Dan Buat ‘Home Bazar’ Sendiri!

May 6th, 2020 | by Asyraf Khalib
MyResipi

Tahun ni puasa memang berbeza sikit. Yelah, nak ke bazar Ramadan dah tak boleh, nak keluar cari juadah berbuka pun tak banyak gerai yang buka. Tapi, takde bazar Ramadan bukan masalah besar sangat pun guys.

Waktu musim wabak macam sekarang ni, elok korang masak sendiri je kat rumah. Lagi selamat dan puas hati tau. Haa.. dekat bawah ni kami kongsikan 5 resipi ringkas siap video masakan yang korang boleh try sendiri untuk berbuka nanti.

Paling penting, kesemua resipi yang kami kongsikan ni memang special sebab ada menggunakan rangkaian produk-produk daripada F&N terutamanya Susu Isian Sejat F&N yang menambah rasa enak berkrim dalam masakan korang!

1. Roti John Legend-ary

Nama pun Roti John Legend-ary, mesti la orang yang masak pun lejen kan? Haa… apa kata awal-awal puasa ni korang bikin kejutan sikit tunjuk bakat memasak korang tu dengan menu Roti John Legend-ary ni dulu. Sedap weh!

Video Masakan di Instagram: Suhaila

BAHAN-BAHAN

A. Inti Daging Cincang: 
100g daging cincang, 1 sudu besar rempah kari daging , 1 sudu besar air, 1/2 biji bawang merah (dicincang halus), 1 ulas bawang putih (dicincang halus), 2 sudu besar minyak sayuran.

B. Telur Omelet:
4 sudu besar Susu Isian Sejat F&N, 1/2 sudu kecil garam, secubit serbuk lada hitam, 2 biji telur

C. Roti:
Roti sosej atau roti panjang (disapukan mentega), sos cili, mayonis, timun (dihiris nipis), kubis (dihiris nipis)

CARA MEMASAK:
1. Bancuh rempah kari dengan air dan gaul bersama daging kisar. Perapkan seketika.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan masukkan daging yang telah diperap tadi. Kacau rata sehingga naik bau. Ketepikan
3. Campur kesemua bahan B dan masukkan daging yang telah siap digoreng ke dalam adunan.
4. Panaskan kuali bersama sedikit minyak sayuran dengan api yang perlahan dan tuang adunan omelet. Telekupkan roti sosej di atas omelet yang separa masak lalu biar ia melekat dan dimasak sempurna.
5. Angkat roti bersama omelet yang telah masak, taburkan sayuran dan sajikan bersama sos serta mayonis. Siap untuk dihidang!

2. Bubur Lambuk

Sebenarnya bubur lambuk dah macam menu wajib sepanjang bulan Ramadan. Tahun ni kalau takde bubur lambuk tak syoklah kan. Haa… alang-alang duduk di rumah tu, apa kata korang cuba masak sendiri je. Buat lebih sikit tau boleh kongsi rezeki dengan jiran, barulah dapat lebih keberkatan!

Video Masakan di Instagram: Arianna Kitchen

BAHAN-BAHAN

450g beras (rendam selama 20 minit), 2 liter air, 3 biji bawang merah (dicincang), 8 ulas bawang putih (dicincang), 3 inci halia (dicincang), 500g daging lembu (potongan kasar), 25g rempah campuran sup, 1 kiub stok daging lembu), 1 biji kentang (dipotong dadu), 1 batang lobak merah (dipotong dadu), 3 sudu besar ketumbar (dicincang kasar), 1 sudu kecil garam, 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam, 1/2 tin Susu Isian Sejat F&N, 2 sudu besar bawang goreng.

CARA MEMASAK: 

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan rempah campuran sup dan masak sehingga naik bau.
2. Masukkan daging, beras, kentang, lobak merak dan stok daging lembu, kemudian gaul sekata. Tambah air dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Reneh sehingga beras menjadi lembut.
3. Masukkan Susu Isian Sejat F&N, ketumbar dan bawang goreng. Biarkan ia reneh selama 10 minit. Tutup api dan siap untuk dihidang panas-panas!

3. Nasi Arab Kambing Home

Kalau nak berbuka dengan juadah yang ada class sikit dekat rumah, korang boleh cuba masak Nasi Arab Kambing Home! Resipi yang kami share dekat bawah ni confirm sedap mengalahkan nasi arab yang jual dekat bazar tu tau. Hehe

Video Masakan di Instagram: Jana Kitchen

BAHAN-BAHAN

A. Perapan Kambing
1kg kaki kambing dengan tulang (dipotong kasar), 1 sudu besar serbuk kunyit, 2 sudu kecil serbuk jintan manis, 2 sudu kecil serbuk jintan putih, 2 sudu kecil serbuk ketumbar, 1 sudu kecil garam.

B. Nasi Arab
1/4 cawan minyak sayuran, 2 sudu besar pes halia dan bawang putih, 2 ulas bawang merah (dihiris), 2 sudu besar pes tomato, 2 biji cili hijau, 2 sudu kecil cengkih, 2 batang kulit kayu manis, 3 helai daun bay, 1 sudu kecil buah pelaga, 1 sudu kecil lada hitam, 1 biji lemon/limau kering (jika perlu), 6 cawan air, 3 cawan beras, 1 sudu kecil garam, 1/2 Susu Isian Sejat F&N.

CARA MEMASAK:

1. Perapkan kambing bersama campuran rempah kering selama 1 jam.
2. Panaskan periuk besar, masukkan kambing yang telah diperap tadi bersama minyak. Kemudian masukkan semua rempah dan tumis hingga naik bau. Tambah air dan biarkan reneh selama 30 minit – 1 jam.
3. Setelah daging kambing menjadi lembut, masukkan beras, garam dan Susu Isian Sejat F&N, kacau rata. Biarkan masak selama 10-20 minit lagi menggunakan api kecil.
4. Siap untuk dihidangkan panas-panas!

4. Tepung Pelita Si Jelita

Waktu berbuka memang sempurna kalau ada kuih sebagai pelengkap hidangan. Apatah lagi kalau ada Tepung Pelita Si Jelita ni, boleh tersenyum manis tau. Kami cadangkan korang buat lebih sikit sebab boleh simpan di peti sejuk untuk sahur nanti.

Video Masakan di Instagram: Suhaila

BAHAN-BAHAN

A. Lapisan Hijau
250ml air, 5 helai daun pandan, 1 liter air, 125g tepung beras, 125g gula, 1/2 sudu kecil garam,

B. Lapisan Putih
5 sudu besar tepung beras, 3 sudu besar tepung ubi, 650ml air, 1 tin Krimer Sejat F&N, 1/2 sudu kecil garam, 12 bekas cawan plastik

CARA MEMASAK

1. Kisar daun pandan dengan 250ml air, tapis dan campur bersama semua bahan A. Masak dalam periuk sehingga pekat.
2. Ceduk dan isi dalam bekas plastik 50% penuh.
3. Satukan kesemua bahan B (Lapisan Putih) dalam periuk dan masak sehingga pekat. Kemudian ceduk dan isi dalam bekas 3/4 penuh.
4. Ketepikan dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.
5. Nak lagi sedap, boleh sajikan bersama F&N Squeeze Tube atau TEAPOT Squeeze Tube Gula Melaka di lapisan atas.

5. Teh Tarik ORI Madu Padu

Sepanjang bulan Ramadan ni, dapat pekena segelas Teh Tarik ORI waktu berbuka puasa atau sahur memang tak terkata. Kombinasi serbuk teh dengan Krimer Sejat F&N dan Krimer Manis F&N bikin rasanya cukup ngam dengan tekak.

Tapi alang-alang duduk rumah dalam bulan puasa ni, tak salah korang cuba buat sedikit kelainan. Kalau korang nak Teh Tarik lagi syok, boleh je level-up sikit Teh Tarik ORI tu ikut resipi Teh Tarik ORI Madu Padu yang kami kongsi dekat bawah ni. Baru bertenaga dan padu lain macam sikit sepanjang puasa.

Kredit: Says Seismik

BAHAN-BAHAN

60g serbuk teh, 1.2 liter air panas, 30g madu, 60g Krimer Sejat F&N, 40g Krimer Manis F&N

CARA MENYEDIAKAN

1. Masukkan serbuk teh ke dalam penapis teh dan rendam dalam air panas selama 3 minit.
2. Tuangkan 180g rendaman teh dan madu ke dalam gelas.
3. Masukkan Krimer Sejat F&N dan Krimer Manis F&N. Kacau rata dan tarik 3 kali.

Masakan korang lagi sedap dengan F&N!

Amacam guys, dah decide ke nak cuba menu apa waktu berbuka nanti? Tak kisahlah nak masak untuk sahur atau berbuka puasa, kami yakin juadah pilihan korang akan lebih sedap dan enak kalau digandingkan bersama rangkaian produk-produk daripada F&N dalam masakan.

Walaupun tak dapat ke bazar Ramadan tahun ni, tapi bila dapat masak sendiri hidangan ala bazar dekat rumah rasanya lagi seronok tau. Haa… korang tahu tak sekarang dah boleh beli Susu Isian Sejat F&N, Krimer Sejat F&N, Krimer Manis F&N, F&N Squeeze Tube dan TEAPOT Squeeze Tube dalam bentuk bundle secara online di laman sesawang F&N Life je. Lebih jimat dan berbaloi!

Jangan lupa kongsikan resipi ni dengan keluarga dan kawan-kawan korang ya. Selamat mencuba!

#FNResipi #FNResipiBazaar #FNResipiRamadhan #FNsqueezetube #TEAPOTsqueezetube