berita

‘Rindu Bidadari Yang Bawa Aku Ke Dunia’ – Radin Imbau Kenangan Sambut Puasa Bersama Arwah Ibu

April 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba esok, penyampai radio Era FM iaitu Radin telah meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya di Instagram.

Wanita yang terima baik buruk aku

Kalau dulu selepas pemergian arwah ayah since 2010, arwah mama lah tempat aku berpaut, bergantung, berharap waima apa masalah sekalipun. Tak pernah sekali pun keluar dari ucapan arwah penat, jemu dan letih bila dengar keluhan aku selama ini. Satu-satunya wanita yang boleh terima buruk baik aku.

Menurut Radin, setiap kali dia balik kampung, arwah ibu wajib akan masak lauk kegemarannya walaupun arwah tidak larat.

Cukuplah sekadar nasi panas berlauk kan ikan masin. Yang penting air tangan.

Tambahnya, setiap bulan apabila gaji masuk, arwahlah orang pertama yang dia akan kongsi rezeki. Radin turut memberitahu bahawa dia menyediakan duit ubat arwah dan akan menelefon arwah setiap hari. Mereka akan berborak mengenai pokok bunga. Ujar Radin lagi, setiap kali masuknya bulan Ramadan, arwahlah orang yang akan kejutkan sahur, ingatkan pasal mengaj , tanyakan berbuka apa hari ini dan mengingatkannya mengenai solat terawih serta membayar zakat. Sempena bulan Ramadan esok, Radin meluahkan rasa rindu terhadap arwah apabila mengenang momen mereka bersama sebelum ini.

Anak yang sentiasa merindui mama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RAA (@radin_era)

Anak mana yang tak rindukan bidadari yang bawa aku ke dunia. 18/2/2021 adalah hari paling sedih seumur hidup selama ini. Tuhan sahaja yg tahu apa yg aku rasa. Rindu hati ni Allah je tempat aku bergantung harap. Ya Allah Ya Tuhan, masukkan ibu bapa ku ke dalam syurga tanpa dihisab. Halalkan mereka untuk mencium syurga mu, haramkan mereka daripada dijilat api neraka jahanammu Ya Allah. Damailah mama, disana. Dari seorang anak yang sentiasa merindui Mama. Salam Ramadan, Al-Fatihah Mama.

Di akhir posting, Radin mendoakan semoga arwah ayah dan ibunya itu tenang di sana. Terdahulu, ibu penyampai radio tersebut iaitu Feridah Hashim telah menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari yang lalu. Difahamkan, kesihatan arwah mula merosot selepas menghidap penyakit paru-paru berair, sejak beberapa tahun lalu.

Sumber: Radin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×