berita

Rindu Hong Kong? Ini Antara Hot Spots “Muslim Friendly” Yang Disukai Ramai!

October 16th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Sebut je Hong Kong, siapa je tak pernah dengar tentang destinasi pelancongan yang paling popular di seluruh dunia ni. Tapi, ramai juga yang masih ragu-ragu dan skeptikal untuk berkunjung ke Hong Kong kerana dikatakan agak sukar untuk mencari hidangan halal dan tempat beribadah. Betul ke?

Haa..kalau korang nak tahu, Hong Kong sebenarnya sebuah negara yang mesra Muslim dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelancong yang beragama Islam tau. Jom kami bawakan antara lokasi menarik dan juga restoran halal terkenal di Hong Kong yang korang boleh lawati setelah kita semua dibenarkan untuk melancong ke luar negara nanti!

1. Avenue of Stars

Get ready to be dazzled by Hong Kong's Avenue of Stars | Hong Kong Tourism Board

Hong Kong Tourism Board

Avenue Of Stars merupakan sebuah tarikan di Hong Kong yang bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang telah banyak menyumbang untuk menjadikan Hong Kong sebagai ‘Hollywood of the East.’

Mesti korang tak asing lagi dengan ikon besar Hong Kong seperti Jackie Chan, Jet Li, Bruce Lee, Stephen Chow kan serta ramai lagi kan? Haa..kat sinilah plak tapak tangan selebriti-selebriti terkenal ni dipamerkan berserta dengan pameran dan mural yang menggambarkan babak-babak dalam movie klasik Hong Kong!

A bit of Bruce Lee in all of us | South China Morning Post

South China Morning Post

Disini juga terdapat tugu Bruce Lee setinggi 2.5 meter dengan aksi signature beliau dan Clock Tower sebagai landmark Tsim Sha Sui dibahagian barat Tsim Sha Shui Promenade.

Alamat: Ave of Stars, Tsim Sha Tsui, Hong Kong

2. Old Town Central

Hong Kong's Old Town Central - Well Travelled

Well Travelled

Tak lengkap ke Hong Kong kalau korang tak singgah ke Old Town Central. Di sinilah lubuk untuk korang mempelajari tentang sejarah unik Hong Kong, membeli cenderamata dan kraftangan, mencuba hidangan fusion tradisional dan moden serta tempat di mana budaya Timur dan Barat bertemu.

Antara lokasi kegemaran di Old Town Central ialah Possesion Point iaitu tempat bendera British dikibarkan buat pertama kalinya dan juga Tai Ping Shan Street, sebuah penempatan pertama masyarakat Cina.

Explore Hong Kong's Old Town Central in Five Experiential Routes - Gaya Travel Magazine

Gaya Travel Magazine

Bila penat berjalan dan terasa lapar, korang boleh singgah mengisi perut di syurga pencinta makanan di Central dan merasai keenakan dim sum, dai pai pong, tart telur dan pelbagai pilihan makanan di sini. Perut dah kenyang, bolehlah teruskan perjalanan ke Hollywood Road, antara jalan tertua di Hong Kong yang dihiasi dengan pelbagai seni grafiti pada dinding bangunannya. Memang insta-worthy betul!

Penjelajah Waktu | Hong Kong Tourism Board

Masjid Jamia

Jangan risau, di sini juga disediakan tempat untuk solat iaitu Masjid Jamia (juga dikenali sebagai Shelley Street Mosque).

Alamat: 630 Shelley Street, Central, Hong Kong.

3. Hong Kong Disneyland

Tak syak lagi, Hong Kong Disneyland memang menjadi lokasi utama buat kebanyakan pengunjung yang datang ke Hong Kong. Ada banyak pilihan makanan halal tersedia di sini sampai korang pun akan rambang mata tak tahu nak pilih mana satu.

Main Street Market 

Main Street Market

Hong Kong Tourism Board

Kios Main Street Market menyajikan snek-snek ringan bertemakan Disney seperti snek telur gebu bersama ais krim, wafel Mickey yang dimakan bersama sirap Maple dan Coklat serta hot dog jumbo yang enak dan semestinya diperakui halal. Tak susah pun nak cari lokasi kios ini kerana ia terletak berhampiran pintu masuk Disneyland di Main Street.

Explorer’s Club

Explorer’s Club

Restoran ini terdiri dari pelbagai gerai yang menawarkan seleksi masakan dari seluruh Asia. Korang boleh pilih untuk duduk di kawasan berhawa dingin atau di luar.

Explorer’s Club

Hong Kong Tourism Board

Memandangkan terdapat pelbagai jenis menu makanan, kami cadangkan untuk korang pesan menu kegemaran orang ramai di sini iaitu kombo salmon bakar dan tulang rusuk BBQ daging lembu.

Di sini juga disediakan ruangan solat dengan kemudahan tempat wudhu yang terletak betul-betul bersebelahan restoran. Tetapi jangan lupa bawa kelengkapan solat atau telekung sendiri kerana ia tidak disediakan.

Alamat: Lantau Island, Hong Kong

4. Ocean Park Hong Kong

Ocean Park Hong Kong prepares for reopening | blooloop

Blooloop

Walaupun merupakan taman tema tertua di Hong Kong, tetapi ada banyak aktiviti yang korang sekeluarga boleh lakukan, termasuklah mencuba restoran makanan halal di sini.

Ocean Park Hong Kong adalah sebuah taman tema hidupan marin yang padat dengan pelbagai tarikan menarik seperti rides yang menyeronokkan, haiwan-haiwan, dan pertunjukan. Tarikan-tarikan utama lain yang terdapat di sini adalah Adventures in Australia, Shark Mystique dan banyak lagi!

Panda Café Food to Go

Panda Cafe - obrázek za?ízení Ocean Park, Hongkong - Tripadvisor

Tripadvisor

Setelah penat seharian di Ocean Park, apa kata singgah dulu dan isi perut di Panda Café Food to Go dengan Nasi Ayam Hainan dan nasi kukus bebola daging yang dihidangkan dalam portion yang cukup besar. Kalau rasa tak nak makan berat, korang boleh pesan baus (roti ban) dan hotdog untuk snek ringan.

Alamat: Ocean Park Hong Kong, 180 Wong Chuk Hang Road, Aberdeen, Hong Kong

5. Hung’s Chinese Restaurant

Hung’s Chinese Restaurant

Kong Kong Tourism Board

Terletak di Chungking Mansions, Hung’s Chinese Restaurant adalah satu-satunya restoran halal di situ yang menyajikan masakan Cina asli. Buat penggemar ayam, inilah masanya untuk korang cuba menu ayam panggang yang rangup di luar tetapi isinya yang lembut dan berjus. Oh ya, jangan lupa pesan daging masak lada hitam pedas dan nasi goreng sekali! Yum!

Status Halal: Dimiliki oleh Muslim
Alamat: Chungking Mansions, 36-44 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon

6. Chrisly Cafe (Bakeri)

Chrisly Cafe (Bakery)

Hong Kong Tourism Board

Tak lengkap lah bercuti ke Hong Kong kalau korang tak cuba street food terkenal di sana. Kalau korang teringin nak cuba tart telur yang berpastri rapuh dan roti nanas gebu dan lembut serta dipanggang sempurna, Chrisly Cafe lah lokasi yang paling tepat untuk korang kunjungi!

Status halal: Hanya bakeri yang disahkan halal
Alamat: Shop 10, 2 / F, Emax, 1 Trademart Drive, Kowloon Bay, Kowloon

7. Islamic Centre Canteen

Islamic Centre Canteen

Hong Kong Tourism Board

Siapa je yang tak suka dim sum kan? Kalau korang nak cuba pelbagai variasi dim sum yang dikukus panas-panas, silalah ke Islamic Centre Canteen di Wan Chai.

Di sini, korang boleh nikmati pelbagai menu dim sum untuk sarapan pagi selain hidangan Kantonis lain. Antara menu yang menjadi favourite pengunjung adalah Siu Mai, Har Gow, Xiao Long Pao dan pulut kukus dengan ayam dalam daun teratai. Terliur pulak!

Status Halal: Dimiliki oleh Muslim
Alamat: 5th floor, Osman Ramju Sadick, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong Island

Hong Kong Tourism Board (HKTB) nak bawakan Hong Kong kepada korang semua!

Kita masih belum boleh melancong ke luar negara disebabkan perintah sekatan perjalanan ni. Tapi jangan risau, kini korang semua boleh merasai keenakan makanan dari Hong Kong melalui melalui GrabFood menggunakan kod promo IMISSHK yang akan dihantar sehingga ke depan pintu rumah korang secara percuma. Yeay!

Nak menang hadiah menarik dari GrabFood dan Cathay Dragon Flight? Jom sertai cabaran Cha Chaan Teng!

Hong Kong cha chaan teng chain Tsui Wah is the newest opening in Clarke Quay | Coconuts Singapore

Coconuts

Korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan dan penerbangan percuma ke Hong Kong tau! Nak tahu macam mana nak menang?

  • Ikuti tutorial masakan asli Hong Kong, Cha Chaang Teng dari Chef Selebriti Ili di sini.
  • Cipta semula hidangan tersebut mengikut kreativiti korang sendiri
  • 10 pemenang bertuah akan memenangi kad hadiah dari GrabFood bernilai RM50
  • Dua peserta terbaik akan memenangi tiket penerbangan Cathay Dragon ke Hong Kong

Tak sabar rasanya untuk sempadan dibuka semula dan kita semua boleh bercuti ke destinasi impian, terutamanya Hong Kong!

Untuk maklumat lebih lanjut dan updates terbaru mengenai Hong Kong, layari laman web Discover Hong KongFacebook dan Twitter mereka.

SKIP THIS AD ×