berita

Rindu Nak Melancong? Kini Korang Boleh ‘Bercuti’ Secara Maya Ke Singapura, Macam Real!

September 22nd, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Lama rasanya tak pergi bercuti kan? Kalau kita dah dibenarkan untuk bercuti dan melancong ke luar negara nanti, tempat manakah yang korang paling rindu nak pergi? Kalau admin, mestilah ke Singapura!

Selain banyak tempat makan yang best, kat sana juga boleh shopping dan banyak lokasi menarik untuk anak-anak korang nikmati.

Haa..kali ini Singapore Tourism Board nak bawa korang jalan-jalan ke Singapura! Yang lagi best, terdapat pelbagai lokasi menarik buat korang seisi keluarga. Walaupun secara maya, tapi admin yakin korang akan rasai pengalaman yang menakjubkan!

Anak-anak korang pasti enjoy!

Jom kami kongsikan antara tempat-tempat yang menyeronokkan buat anak-anak korang!

1. Hello from the Wild Side

Kalau ditanya tempat mana yang anak-anak korang nak pergi, mesti zoo akan menjadi pilihan utama! Haa..bermula 22 Mei hingga 31 Disember 2021 ni, program Hello From The Wild Side dah kembali di mana korang akan dibawa untuk melihat haiwan-haiwan comel di zoo ni secara virtual melalui segmen Zoo Explained!

Sambil melawat tu, bolehlah anak-anak korang menambah ilmu pengetahuan dengan bertanyakan soalan tentang haiwan kegemaran mereka kepada zookeeper Ken yang sangat mesra!

Di sini juga, korang boleh pilih untuk melawat ke pelbagai lagi tempat menarik seperti Jurong Bird Park, Rainforest Lumina dan Night Safari.

Untuk info lebih lanjut, klik di sini.

2. Gallery Children’s Biennale

Haa..aktiviti yang ini memang lain dari yang lain. Mana taknya, Gallery Children’s Biennale ni merupakan pameran seni terbesar dengan pengalaman seni multi sensori yang diadakan setiap dua tahun dan pada tahun ini akan dilancarkan secara ‘phygital’ pada 22 Mei 2021 hingga 31 Disember 2022.

Di sini, anak-anak korang boleh mempelajari dan mengetahui pelbagai seni, sejarah dan budaya dari negara lain serta bermain permainan yang interaktif mengikut umur mereka.

Untuk info lebih lanjut, klik di sini. 

3. Gardens by the Bay

Di sini, anak-anak juga berpeluang untuk meneroka pemandangan di Flower Dome, Cloud Forest, OCBC Skyway serta mempelajari secara maya tentang pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan, hutan, bunga-bungaan dan pelbagai spesies tumbuhan eksotik yang jarang dijumpai.

Bukan itu saja, korang juga akan dibawa menyelusuri Supertrees yang tinggi, air terjun indoor serta seni bina yang menakjubkan!

Untuk info lebih lanjut, klik di sini.

4. Gallery Kids!

Buat anak-anak korang yang gemarkan aktiviti seni, Gallery Kids! adalah tempat yang wajib dikunjungi! Di sini, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anak korang boleh pelajari seperti membuat sculpture 3D, mereka bentuk haiwan, mendengar cerita, bermain games dan macam-macam lagi!

Yang lagi best, anak-anak korang akan dibimbing oleh fasilitator seni yang berpengalaman serta boleh berkongsi hasil seni mereka sendiri!

Untuk info lebih lanjut, klik di sini.

5. River Safari

Kalau korang nak tahu River Safari ni merupakan tempat yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia kalau berkunjung ke Singapura.

Walaupun tak dapat datang ke sini, jangan risau, River Safari menawarkan Virtual Learning Programme bagi anak-anak korang mempelajari tentang haiwan seperti panda, dugong, memerang, ular dan pelbagai lagi haiwan liar di seluruh dunia. Mesti mereka teruja!

Untuk info lebih lanjut, klik di sini.

Rindu makanan dan bandar Singapura?

6. Singapore Food & Tasting Tour

Tak lengkap ke Singapura tanpa merasai makanan tempatan dan berjalan-jalan di sekitar bandar Kota Singa ni. Walaupun tak dapat menikmati secara realiti, jangan risau, Singapore Food & Tour akan membawa korang merasa, menghidu, dan merasakan seolah-olah berada di sana!

Semasa sesi interaktif dalam talian selama 1 jam ini, korang juga akan dibimbing melalui pelbagai aktiviti dalam talian yang menarik dan menyeronokkan!

Untuk info lebih lanjut, klik di sini. 

Nak shopping pun boleh!

7. Maison CHI CHI by Lisa Von Tang  

Berita baik buat penggemar jenama Lisa Von Tang, tahun ini, beliau akan melancarkan koleksi terbaru secara realiti maya.

Di sini, korang boleh menavigasi rumah kedai maya Maison Chi Chi dalam 3D untuk mengetahui lebih banyak koleksi terkini dan maklumat mengenai jenama dan produk mereka. Yang bestnya, sekiranya berminat, korang boleh beli secara dalam talian kerana mereka menyediakan penghantaran ke luar negara.

Untuk info lebih lanjut, klik di sini. 

Jom “melancong” ke Singapura hari ini juga!

ABC News

Admin yakin, korang mesti dah tak sabar nak bercuti ke Singapura kan? Tapi kali ni, tak payah susah-susah nak naik flight, korang hanya duduk di rumah dan Singapore Tourism Board akan bawa korang!

Percayalah, korang pasti akan puas hati dengan pengalaman yang lain dari lain ni.

Apa lagi tunggu, jom buat tempahan untuk menikmati pengalaman secara virtual yang luar biasa ni!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web VisitSingapore.com

*Disebabkan oleh amaran kesihatan dan penjarakan fizikal yang dikeluarkan oleh kerajaan Singapura, beberapa siri lawatan telah ditunda sehingga tarikh yang akan dimaklumkan. Korang boleh semak dahulu laman web yang berkaitan sebelum membuat sebarang tempahan.

SKIP THIS AD ×