Pengacara dan penceramah motivasi Amin Idris menegaskan bahawa memberi nasihat kepada individu yang berdepan isu kesihatan mental bukan sesuatu perkara yang mudah.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bersangka Baik Dengan Mereka Yang Shopping Selepas Isyak, Mungkin Terawih Di Rumah’ – Amin Idris

Artikel Berkaitan: Amin Idris Anggap Tiada Masalah Individu Bukan Islam Cuba Puasa – ‘Selagi Tidak Menghina, Okay Saja’

Bukan mudah

Menerusi hantaran di Threads, Amin menjelaskan bahawa dalam Surah Maryam ayat ke-22 hingga ayat ke-26, kisah Maryam ketika berdepan tekanan memperlihatkan bahawa Allah tidak memberikan solusi berbentuk spiritual semata-mata.

Sebaliknya merangkumi pendekatan biopsikososial dan spiritual secara menyeluruh.

Memberi nasihat kepada orang yang mengalami masalah mental tidak semudah seperti ‘Jagalah solat’.

Dalam Surah Maryam, ayat ke-22 hingga ayat ke-26, ketika Maryam menghadapi tekanan, Allah tidak hanya memberi solusi spiritual semata-mata, tetapi merangkumi pendekatan biopsikososial-spiritual.

Dijadikan ‘content’

Dalam pada itu, Amin turut meluahkan kebimbangan terhadap budaya segelintir masyarakat yang cenderung meluahkan masalah mental di media sosial sehingga dijadikan sebagai ‘content’.

Pada masa yang sama, saya juga risau tentang budaya di mana apabila seseorang mengalami masalah mental, mereka cenderung meluahkan di media sosial atau dijadikan content.

Sehubungan itu, dia menasihatkan individu yang berdepan masalah supaya mendapatkan bantuan pakar, kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Dengan penuh rendah diri, nasihat saya, carilah bantuan dan berjumpa dengan yang pakar.

InsyaAllah, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Sumber: Threads