berita

Risau Gemuk Selepas Bersalin? – Wanita Ini Kongsi 7 Tips Untuk Kekal Kurus & Sihat..Para Ibu Wajib Baca!

July 15th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

kurus selepas bersalin

Wanita hamil kebiasaannya akan meningkat berat badan secara semulajadi disebabkan perubahan hormon dalam badan. Dan semestinya menjadi gemuk selepas bersalin bagaikan mimpi ngeri kepada semua wanita di luar sana.

Namun, ada juga ibu-ibu yang maintain badan slim melim walaupun anak dah berderet. Haih jeles dibuatnya! Baca perkongsian wanita ini tentang bagaimana nak kekal kurus dan sihat selepas bersalin.

Makan macam biasa tapi ikut sunnah, start dengan buah baru makanan ruji

Camna nak stay kurus lepas dh bersalin? Ini jawapan saya.

1. 6 bulan tempoh fully bf. Saya tak fikir sangat pasal nak kurus. Saya fikir nak maintain berat yang berjaya dikuruskan lepas 44 hari. Nak kurus memang senang. Lepas keluar budak ja dah start dah berat kita turun kan. Lepas tu bagi yang pantang elok2, makan herba sungguh2, lagilah berat senang nak turun. Akan tetapi, nak maintain berat badan yang berjaya diturunkan itulah mmg susah. So bg sy, as long jarum timbang tak naik dah cukup baik. Fokuskan shj makan makanan berkhasiat dan seimbang sepanjang proses fully bf.

2. Saya makan macam biasa. Tapi ikut cara sunnah. Start with buah…baru wallop makanan ruji. Jenis buah dalam tempoh 100 hari biarlah buat import. Epal orange berries. Lepas 100 hari baru boleh makan buah tempatan. Apa lagi sunnah rasulullah tentang adab makan? Dari jenis makanan sehingga cara makan Rasulullah dah ajar kan. Awat tak ikut? Semua tu ada kebaikan utk diri kita juga.

3. Ramai dah tahu. Jenis makanan yang boleh dan tak boleh diamalkan ketika berdiet. Atau ketika nak jadi sihat. Elakkan makanan manis dan bergoreng. Tetapi kebanyakkan kita…habis je 44 hari dok tala Goreng Pisang Cheese. Tak pun roti canai sampai 4 keping. Ayam hormon goreng 3 ekor sekali makan. Balas dendam katanya. Badan yang dijaga rapi selama 44 hari ditenatkan lagi dengan makanan2 yang merapu2 zaman kini. Kita lak makan jenis tak reti nak rasa2. Kalau nak rasa kena 5 pinggan baru puas. Merasa tu hujung sudu. Melahap tu bersudu2. Banyak bezanya tu ya.

Makan dengan kerap (small portion) & pakai girdle untuk mengawal nafsu makan

4. Saya makan nasi 6 kali sehari. Small portion. Cara makan? Makan sebelum lapar. Berhenti sebelum kenyang. Bagi saya baguslah kita ni ada rasa lapar. Maksudnya kita ni normal dan sihat. Tetapi saya agak terkesima ada trend makan ubat tak kasi rasa lapar sebab ubat2 yg mcm ni lambat laun akan beri kesan buruk pada usus dan buah pinggang. Rasa lapar tu tak salah…yg dok melahap tak reti besederhana tu yg patut dipersalahkan.

5. Abaikan nombor di mesin penimbang. Tengok pada nombor di tali tape. Yang penting adalah ukur lilit. Atau jeans lama/kebaya lama dah boleh sarung. Sebab kadang2 nombor di penimbang tu dah masuk berat lebihan “bonjolan” spt boobs and bumps kita. Kantung dah penuh susu of course tambah 2 kg. Punggung lebar sebab dok tadah anak 10 hari 9 bulan tambah lagi 2 kilo. So….aci dop berat badan tak macam dulu? Tak pun, lebihan air yg mmg setiap wanita lepas bersalin akan hadapi. So sila kapak mesin penimbang anda dan pantau ukur lilit anda.

6. Girdle. Sebelum ngandung pakai. Lepas bersalin sidai buat bendera dalam bilik. Alasannya. Tak selesa masa nak makan. So, sebab tu makan tak ingat perut. Wanita zaman dahulu berbengkung pinggang 24 jam utk pastikan mereka makan sikit tetapi kerap. Dan selain membantu mengawal nafsu makan…pemakaian girdle yg konsisten membantu memgempiskan perut kita juga. So tak delah habis 100 hari pantang, perut masih nampak memboyot lagi. Itu belum lagi saya nk suruh berbengkung setiap malam sampai kempis perut. Bengkung malam 44 hari pun ada je aci tak buat kan..kan…kan…

Jangan stress, make sure maintainkan berat badan dulu baru diet untuk kurus

7.Fully bf mmg boleh buat orang kurus.. tapi….tu zaman dolu2… zaman makanan tak de GMO, zaman air boleh cedok kat perigi, zaman sayur berbaja taik ayam lagi. Zaman sekarang…. semua tu dh mustahil. Semua berhormon. So mmg akan ganggu hormon ibu yg fully bf ni. Sebab tu jgn pelik yg fully bf pun boleh mengandung. Sbb hormon ibu ni dh bercampur dgn 1001 hormon tiruan dr sumber makanan dan minuman. Kesiankan kita dizaman sekarang….

So bagi saya…jangan dok fikir nk kurus cepat2. Tapi make sure maintain dulu berat badan sehingga tamat tempoh fully bf sampai 6 bulan. Lepas anak dh start dgn solid food, dietlah puas2. Tetapi kena ingat ya. Berdiet bukan elak makan. Tetapi kawal makan. Atau dengan lebih tepat, elak makan yg tak elok, lebihkan makanan berkhasiat. Healthy diet atau pemakanan sihat. Itu lagi afdhal.

Bg ibu2 yg masih struggle nk turun berat badan. Jgn stress. Stress juga penyumbang kegemukan.

Enjoy life. Eat healthily. Consume our Malay Traditional herbs especially NR yg membantu kurangkan berat badan tanpa effect pada buah pinggang dan sistem dalaman badan anda. Yg penting selamat. Sebab yg berkesan tak semuanya selamat.

And please….berat badan yg ideal ialah mengikut BMI masing2. Bukan ikut ukur cekak pinggang Che Ta atau size baju Erra Fazira. Common sense.

sumber: Siti Aishah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×