berita

‘Risau Ramai Mengadu Lapar’ – Ustaz Ebit Lew Hantar 10 Tan Makanan Ke Sabah Pula

November 6th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Figura Ustaz Ebit Lew tidak asing lagi di negara kita dalam menyampaikan bantuan kepada segenap masyarakat walaupon perbezaan agama dan kaum. Sebelum ini, beliau telah menyewa satu pesawat khas bagi menghantar bantuan kepada petugas kesihatan yang berkhidmat di Sabah.

Artikel BerkaitanUstaz Ebit Lew Sewa Pesawat Hantar Bantuan Kepada Petugas Kesihatan Di Sabah

Terbaru, menerusi Facebook Ebit Lew, beliau menghantar 10 tan barangan makanan asas bagi menampung keperluan di Sabah.

Tambah bantuan

Foto: Ebit Lew 

Doakan yer. Risau ramai mengadu lapar yang memerlukan bantuan makanan asas. Saya bekerjasama dengan My Jet Express menghantar bekalan keperluan asas ke Sabah untuk diagihkan. Sayu malam-malam bila baca tentang sebahagian orang Sabah. Ramai sangat mesej saya. Baca berita rasa sedih. 3biji lori Elewsmart dari warehouse elewsmart malam tadi terus ke Airport Senai. My Jet Express akan fly dari Senai ke Kota Kinabalu. Membawa 10 tan barang makanan asas. Syukur dapat bekerjasama dengan My Jet Express. Terharu layanan baik sangat Chairman My Jett Tuan Hj Mohamed Yunos dan Ceo Hj Azrol Hisham.

Menurut posting tersebut, Ebit menjelaskan bantuan itu disalurkan bagi menampung keperluan makanan asas yang diperlukan penduduk di Sabah. Tambahan pula, beliau agak sebak apabila menerima mesej-mesej mengadu tidak mendapat bekalan yang secukupnya. 10 tan makanan tersebut akan dibawa oleh My Jet Express yang bertolak dari Senai ke Kota Kinabalu.

Tidak berakhir di situ, beliau turut meminta jasa baik seluruh rakyat Malaysia untuk teruskan mendoakan kesejahteraan penduduk Sabah dan Malaysia supaya tiada siapa yang akan kelaparan disebabkan pandemik Covid-19.

Ini ujian untuk kita.

Alhamdulillah, Syukur!

Foto: Ebit Lew 

Terima kasih Ustaz

 

Rata-rata warganet terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ebit Lew atas keprihatinan beliau dalam membantu penduduk di Sabah yang terkesan akibat peningkatan kes Covid-19 di sana.

Sumber: Ebit Lew 

SKIP THIS AD ×