berita

Risau Sekolah Dibuka Oktober Ini, Dr Sheikh Muszaphar Cadang Tunda Ke Tahun Depan – ‘Anak-Anak Imuniti Rendah’

September 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan dilaksanakan pada 3 Oktober ini. Bagaimanapun, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sekolah buka Oktober ini

Mendengar pengumuman itu, Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha meluahkan rasa risau akan keselamatan para pelajar yang tercenderung terdedah dengan virus Covid-19.

Kata Dr Sheikh Muszaphar, kes harian masih berada di tahap membimbangkan dan dia melihat tidak akan berlaku penurunan secara mendadak dalam jangka masa terdekat.

Menteri kata sekolah akan dibuka bulan Oktober ni. Kes masih 20,000 setiap hari. Tak nampak berkurangan dalam masa terdekat.

Hanya guru yang telah di vaksin boleh bersemuka dengan pelajar. Namun itu tak bermakna sebab sesiapa saja boleh dijangkiti walaupun telah divaksin. Patutkah ibu bapa risau?

Tangguh ke tahun depan

Justeru, suami kepada Datin Dr Halina Mohd Yunos mencadangkan agar pembukaan sekolah ditangguh kepada tahun hadapan selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menambahbaik kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Hujung tahun tinggal beberapa bulan sahaja lagi.. Lebih baik buka sekolah tahun 2022. Dengan harapan kes menurun. Perbaiki kaedah PDPR.

Anak-anak imuniti rendah. Jangkitan Covid merebak begitu mudah. Lebih lebih lagi pelajar sekolah, walaupun mengikut SOP. Planning yang cukup pasrah.

Adakah anda akan menghantar anak-anak anda ke Sekolah Oktober ini? Kongsikan pendapat anda kepada saya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram Dr Sheikh Muszaphar bersetuju dengan cadangan bernas itu demi melindungi diri daripada bahaya Covid-19.

Namun, ada juga segelintir yang menyatakan pembukaan sekolah itu hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Untuk rekod, Dr Sheikh Muszaphar, 49 tahun, dan Dr Halina, 40 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 10 tahun, Sophea Natasha, 8 tahun, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia empat tahun dan pasangan kembar lelaki dan perempuan iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, setahun.

 

Sumber: Instagram @drsheikhmuszaphar

SKIP THIS AD ×