Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kurang senang dengan tajuk yang digunakan oleh sebuah portal berhubung kejayaan anak sulungnya memecahkan beberapa rekod Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024.
Artikel Berkaitan: Anak Lelaki Rita Rudaini Pecah Rekod Lagi! Kali Ini Dalam Acara Larian 200m Kejohanan Olahraga MSSD
Artikel Berkaitan: Rita Rudaini – ‘Patut Tak Tindakan Diambil Pada Pengurusan, Bomoh Laptop?’
‘Apa kaitan dengan anak aku jaga?’
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story (IG Story), Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, mempersoalkan mengapa portal tersebut mengaitkan kejayaan Airit Rayyan Rizqin, 15, dengan bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Aku penat bela dari kecil, tiba-tiba tajuk ‘anak lagenda JDT’. Kepala atok hang!
Saja nak viral cara jahat.
Bukan itu sahaja, Rita turut mempersoalkan siapakah ‘legenda JDT’ yang dimaksudkan portal berkenaan.
Siapa legenda JDT tu? Apa kaitan dengan anak aku jaga?
Legenda celah mana?
Terdahulu, anak sulung Rita menerima pujian ramai selepas memecahkan rekod dalam acara balapan Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam 2024 iaitu bagi kategori 100 meter (m) dan larian 200 meter (m).
Untuk rekod, Rayyan adalah anak hasil perkahwinan Rita dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan pada 2008. Rita dan Aidil kemudian sah bercerai pada September 2013.
Selain Rayyan, mereka turut dikurnikan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun.
Sumber: Instagram Rita Rudaini