Pelakon, Rita Rudaini berkongsi pandangannya selepas seorang pengguna media sosial mempersoalkan mengapa kebanyakan kes buli yang tular sering dikaitkan dengan sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK), berbanding sekolah jenis kebangsaan (SJK), sekolah swasta atau sekolah antarabangsa.

Artikel Berkaitan: ‘Awak Jadikan Saya Seorang Ibu’ – Rita Rudaini Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Airit Rayyan

Artikel Berkaitan: ‘Siapa Tu Tak Kenal’ – Respon Anak Rita Rudaini Selepas Netizen Petik Nama Aidil Zafuan

Adab pelajar sekolah swasta

Menerusi satu komen balas di platform Threads, Rita yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata pengalaman menghantar anak-anaknya ke sekolah swasta membuatkan dia melihat sendiri budaya yang diterapkan dalam kalangan pelajar.

Sebab budak-budak sekolah private sangat beradab. Awak mesti tak percaya kan, saya dah hantar Ryan sejak primary satu hingga Arjuna sekarang secondary tiga, budak-budak sangat sopan.

Kalau berselisih dengan kita tidak kira kenal atau tidak mesti akan tegur dan salam. Walaupun ada yang bukan Muslim, mereka salam cium tangan Muslim.

Dalam perkongsian sama, Rita turut menyifatkan nilai adab dan sikap saling menghormati menjadi antara perkara yang paling ketara dalam persekitaran sekolah tersebut.

Nak kata sekolah jadual padat, tak juga, jadual belajar dan main sangat seimbang. Barang-barang pun kalau teringgal seperti laptop, wallet, mesti esok ada yang letak dekat bahagian ‘lost and found’. Laci tak kunci, tiada yang nak curi. Mereka di ajar beradab.

Hantaran Rita itu dibuat sebagai respons kepada satu persoalan yang dibangkitkan oleh seorang pengguna Threads mengenai perbezaan budaya buli di sekolah-sekolah di Malaysia.

Kenapa kebanyakan kes buli yang viral selalunya melibatkan SK/SMK? Dan biasanya mangsa dibuli dengan sangat teruk ya.

SJK, SMJK, Sekolah Swasta dan Sekolah Antarabangsa tak ada budaya buli ke? Adakah kes buli di sana memang kurang berlaku?

Sumber: Threads