Pelakon Rita Rudaini memberi teguran kepada rancangan podcast supaya mengeluarkan kandungan yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai.
Artikel berkaitan: Rita Rudaini Tak Halang Anak Jadi Pemain Bola Sepak Profesional – ‘Mak Depa Pun Dulu SUKMA Silat Olahraga’
Artikel berkaitan: ‘Sampah Tu Biarkan Saja Nanti Bandaran Datang Kutip’ – Rita Rudaini Titip Pesan Buat Bella Astillah
‘Tolonglah berilmu’
Menerusi hantaran di Instagram Story, Rita mempersoalkan topik serius yang dibahaskan di sebuah podcast atau rancangan temu bual yang seakan dibuat ‘main.’
Untuk adik-adik yang baru nak up yang teringin nak buat podcast, interview apa sahaja isu-isu, tolonglah berilmu. Kalau kata tak cerdik, nak marah merentan macam budak kecil. Sebab itu kalau filem ke, drama ke kita ada kategori seram, komedi, romantik dan lain-lain.
Jadi kalau cerita seram takkan nak pergi letak dalam kategori komedi ataupun dokumentari. Agak-agaklah kalau topik sedih suspen nak gelak-gelak.
Menurut Rita, dia bimbang tindakan yang dilakukan wanita yang meracun pelajar-pelajar sekolah bakal menjadi ikutan mereka yang menonton.
Niat asal kita nak bagi pengajaran pada orang tapi tak sampai. Kalau budak-budak yang tak ada akal macam perempuan tu tengok? ‘Eh best gak ni kena cuba ni letak racun dalam botol kicap, gempak kot!’. Dengar cerita gelak-gelak macam ‘fun’ sangat ni.
Dalam pada itu, ibu tunggal kepada dua orang anak ini kurang gemar dengan penggunaan bahasa anak-anak muda yang bercampur perkataan makian.
Satu lagi, ada yang konon santai-santai tapi bahasa ‘sial dow’, ’gempak sial’ dan entah apa-apa lah. Yang tengoknya budak-budak. Santai, santai lah juga tapi biar santai nampak berilmu dan bagi impak yang bagus untuk anak-anak muda dan orang tua.
Terdahulu, Rita memuat naik sedutan klip temu bual podcast kisah budak asrama di mana seorang wanita dipercayai ketua dewan makan mendedahkan tindakan kali keduanya meletakkan racun tikus dalam botol kicap di sekolah yang mengakibatkan pelajar-pelajar sekolah keracunan makanan.
Dengan rasa bangga bercerita. Kali kedua buat pulak tu. Yang interview pun tak rasa ke tak perlu kot interview macam cerita tu kelakar pulak. Podcast macam ni akan ditonton oleh pelajar yang pendek akal macam perempuan ni dan apa jadi? Psiko betul. Seronok, gelak-gelak cerita.
Untuk bagi pengajaran dekat orang tapi interview ni jadi macam tak sensitif. Racun tikus kot bukan madu nak gelak-gelak. Kenapa dengan orang sekarang ya?
Sumber: Instagram