Pelakon Ritu Rudaini beranggapan sebagai seorang menteri sepatutnya mendengar rintihan rakyat sebelum membuat sebarang pertukaran sistem.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Satu Benda Yang Saya Ingat, Anak Sulung Saya Dikatakan Bukan Anaknya’ – Rita Rudaini
Artikel Berkaitan: ‘Saya Seorang Yang Tanggung Mereka, Segala-Galanya Saya Rempuh Sahaja’ – Rita Rudaini
Tidak setuju
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar menyatakan pendapat mengenai keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) yang memberi usulan untuk memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan.
Ramai yang tidak bersetuju dari mula-mula zaman UPSR dan PMR di hapuskan. Macam tiada hala tuju.
Nak jadi menteri perlu dengar rintihan rakyat. Setiap kali tukar menteri, dasar pendidikan negara pun bertukar. Para pendidik belum sempat nak hadam sistem yang lama.
Kita ibu bapa pulak yang tertekan. Cikgu-cikgu tidak tahu lah rasa macam mana.
Tambahnya, peperiksaan tidak menjadikan pelajar tertekan sebaliknya silibus yang harus diringankan.
Hidup penuh dengan tekanan
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, kehidupan adalah sesuatu yang penuh dengan ujian.
Nanti nak masuk universiti pun tetap ada tekanan. Di tempat kerja pun sama.
Hidup ini pun penuh dengan tekanan dan ujian.
Dalam pada itu, pelakon filem ‘Mami Jarum’ itu menekankan silibus terdahulu sudah memadai sehingga melahirkan ramai pelajar yang berjaya. Malah, ada yang menjadi seorang Menteri.
Sekadar info, UPSR dan PT3 dimansuhkan pada 2022.
Sumber: Instagram ritrud727