Pelakon Rita Rudaini memaklumkan anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna ada meluahkan hasrat untuk menjadi pemain bola sepak profesional pada masa akan datang.
Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Dedah Bella Astillah Datang Berjumpa Minta Nasihat – ‘Saya Cakap Hidup Untuk Siapa, Suami Atau Anak?’
Artikel Berkaitan: ‘Sampah Tu Biarkan Saja Nanti Bandaran Datang Kutip’ – Rita Rudaini Titip Pesan Buat Bella Astillah
Sokong anak bersukan
Menurut Rita, dia tidak pernah menghalang minat anaknya untuk aktif dalam sukan tersebut, namun berpesan untuk tetap mengutamakan pelajaran.
Apa yang anak-anak suka, saya galakkan mereka untuk buat. Saya sokong minat mereka. Anak lelaki memang suka main bola sepak. Yang nombor satu main suka bola dan larian trek. Yang nombor dua suka bola, larian, bola baling dan sekarang cuba nak main rugbi.
Yang nombor dua itu dia pernah tanya boleh ke kalau dia nak jadi pemain bola sepak nanti. Saya kata bukan tidak bagi, tapi kalau boleh jadi yang boleh pergi hingga peringkat antarabangsa.
Saya kata nak jadi apa pun, jadilah. Tetapi pastikan sekolah sampai habis. Jadi pemain bola yang pandai, dalam bola bukan guna kaki sahaja, kena guna akal juga. Kalau boleh ada degree atau sebagainya, asalkan berilmu.
Rita berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual bersama barisan pelakon sitkom terbaharu TV3 berjudul Jabatan Call Centre (JCC) di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Rita memberitahu ada berkongsi cerita kepada anaknya bahawa dia pernah terpilih mewakili negeri Perlis untuk Sukan Malaysia (SUKMA) dalam sukan silat.
Saya dulu pernah terpilih untuk untuk main SUKMA dalam sukan silat olahraga. Wakil negeri Perlis. Bila cerita dengan anak-anak mereka pun terkejut. Mak depa (mereka) SUKMA.
Tapi masa terpilih untuk wakil SUKMA itu saya tidak dapat pergi sebab mak saya bakar baju silat saya. Mak mengharapkan saya satu-satunya anak perempuan yang akan buat kerja-kerja perempuan, tapi sebaliknyq minat saya.
Sementara itu, Rita turut berkongsi mengenai tahap kesihatan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan, baru-baru ini.
Dia tetiba sakit perut, saya ingatkan masuk angin sebab dia tak makan. Saya pun membebel dekat dia. Saya buatkan dia minuman halia.
Sekali esoknya dia cakap perut dia makin sakit. Bawa dia pergi klinik, doktor awalnya kata macam apendiks. Tak tunggu lama saya buat surat untuk bawa ke bahagian kecemasan. Saya dah cuak sangat.
Selepas bawa pergi hospital doktor sahkan tiada apa-apa yang serius. Dia hanya susah nak membuang. Mungkin kurang makan sayur makan buah. Saya pesan, minum air banyak-banyak.