Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian mengakui dirinya tidak mendaftarkan perkahwinan bersama isteri yang juga merupakan penyanyi iaitu Mahalini walaupun sudah enam bulan bernikah.
Artikel Berkaitan: Rizky Febian & Mahalini Diarah Hadir Ke Mahkamah 4 November – ‘Mereka Belum Daftar Perkahwinan Selepas Lima Bulan Bernikah’
Ada masalah dokumentasi
Memetik laporan portal Viva.co.id, Rizky memaklumkan bahawa sebab utama dirinya lambat mendaftarkan perkahwinannya secara sah di sisi undang-undang Indonesia adalah kerana berlakunya masalah melibatkan dokumentasi.
Perkahwinan kami adalah sah di sisi syarak cuma saya belum dapat daftar perkahwinan kerana berlakunya masalah dokumentasi.
Tetapi Alhamdulillah, saya telah diberikan ruang dan waktu untuk selesaikan masalah mengenai urusan pendaftaran kahwin saya pada hari ini (Selasa).
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Berona’ ini berharap agar segala urusan pendaftaran perkahwinannya dipermudah.
Sebagai seorang rakyat yang baik, saya harus patuh kepada undang-undang negara saya.
Saya berharap agar segala proses pendaftaran pernikahan saya di negara ini berjalan dengan lancar.
Terdahulu, Rizky dan Mahalini diarahkan untuk hadir ke Mahkamah Syariah Jakarta Selatan pada 4 November lalu menyelesaikan urusan pendaftaran pernikahan mereka.
Untuk rekod, Rizky dan Mahalini sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang diadakan pada 10 Mei lalu.
Sumber: Viva.co.id